Perjalanan Nina Ismail Sabri Sebagai Usahawan Bukan Mudah

Nina Ismail Sabri Merungkai Dunia Perniagaan Dengan Cara Sendiri

Untitled 1

Semua orang tahu dia puteri sulung Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dia juga pendamping hidup pereka fesyen, Jovian Mandagie. Melayari dunia perniagaan bukanlah senang seperti yang diperkatakan orang biarpun punya modal juga ramai kenalan. Nina Sabrina Ismail Sabri merungkai dunia perniagaan dalam caranya sendiri.
 
Bertubuh genit, sekali pandang dia sepertikan gadis remaja. Tapi bak kata orang, kecil-kecil cili padi. Nina Ismail Sabri adalah pengasas Peterana Kindergarten dan salun Capello by Nina. Mengenalinya dengan lebih lanjut, Nina lahir tanggal enam April 1987. Dia puteri tunggal di samping tiga adik lelaki yang lain. Dibesarkan bersama tiga adik lelaki di bawahnya, Nina seorang yang berperwatakan dinamik.
 
Sebagai wanita berbintang Aries, kempimpinannya terserlah dengan karakter yang penuh karisma. Bagi mengenali lebih lanjut saya sempat bertanyakan kepada pembantu peribadinya untuk gambaran yang lebih jelas mengenai keperibadian wanita genit ini.
 
 “She’s funny, smart, fashionable, and a go-getter,” terang Farahin Mastafa. “Sebagai seorang bos dia seorang yang tegas sekaligus seorang yang periang dan cukup memahami. She’ll always put her work first before anything else! She’s a perfectionist, and cheeky too. Dan yang paling penting, Nina senantiasa memerhati kerenah saya waktu bekerja dan pernah saya ditangkap menari dan menyanyi dari balik kaca CCTV. Dia juga kental menerajui kedua-dua peniagaannya. Kadangkala kami berdua membuat random research terus berbincang dua, tiga jam lamanya menerusi telefon. Bekerja di bawah tekanan adalah lebih baik untuk kami berdua kerana kunci kejayaannya adalah menerusi komunikasi yang terang,” jelas Farahin mengenai Nina merangkap bosnya.
 
Nina wanita bijak! Dia menamatkan pengajian di peringkat menengah awal setahun dari tempoh yang ditetapkan. “I actually finished school at the age of 16 because I was a PTS student. Kemudian saya menekuni pengajian pra-universiti di Sunway University dengan mengambil program selama setahun yang dikenali sebagai Canadian International Matriculation Program atau CIMP. Ia adalah program asas bagi membantu pelajar dalam menentukan haluan untuk melanjutkan program ijazah kelak. Tamat pengajian CIMP saya bekerja selama enam bulan di Bloomingdales Advertising. Ayah mahu saya menelaah undang-undang tetapi saya amat tertarik dengan jurusan pengiklanan dan pemasaran. Untuk memuaskan hati, saya meminta kebenaran untuk bekerja sementara sebelum memulakan pengajian ijazah sarjana muda. Usia pada waktu itu baru mencecah 18 tahun langsung ayah setuju memandang saya tidak mahu membuang masa,” jelas Nina.
 
“Selepas enam bulan bekerja bersama Bloomingdale Advertising saya yakin bidang pengiklanan adalah kehendak hati lantas mendaftar di Lim Kok Wing University dengan mengambil Professional Communication majoring in Advertising and Marketing.” Tiga tahun kemudian Nina berjaya memperoleh the president’s list of achievement award dari Universiti Lim Kok Wing. Usai pembelajaran di sana, dia terus mengorak langkah ke peringat Masters degree dalam bidang urus niaga di University of Queensland, Australia. Sebelum pulang ke Malaysia, Nina menjinakkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan bersama kanak-kanak di sana sebelum pulang merealisasikan impian dengan membuka tadika. Kini Nina mempunyai tiga cawangan salun Capello dan sebuah tadika di Bangsar.
 
Untitled 2

See also
Tip Makan Angin Di Bali

Bukan Senang Nak Jadi Senang

 

Ditanyakan perihal keluarga, Nina menjawab “Kedua-dua ibu bapa saya adalah jenis selesa dibawa bicara seperti teman rapat. They’re very cool and I think that’s why we are all very close. Dari kecil lagi kami semua diterapkan untuk berkongsi masalah, mengujarkan pendapat meskipun tidak bersetuju atau bercanggah antara satu sama lain. Mungkin kerana ayah merupakan ahli politik juga sebagai seorang peguam. Lalu, setiap permasalahan dan solusi dibincangkan bersama di ruang rehat. Kami diberi ruang untuk meluahkan pendapat dan berdebat dalam setiap perbincangan. Maka ayah dan ibu akan menilai setiap perkara dengan teliti sebelum memberi keputusan,” tutur Nina Sabrina Ismail Sabri yang selesa disapa Nina.
 
“Teringat kala waktu membesar, saya dan Dafi adalah yang paling nakal lalu sering disoal ayah. Walaupun hakikat sebenarnya kami memang bersalah tetapi ayah akan mendengar segala penerangan sebelum bertindak mendenda. Bagi saya cara itu berkesan kerana ia memberi ruang untuk kami belajar dan faham atas setiap kesalahan dan ayah tidak bertindak melulu. Ibu pula sangat cool dan penyayang orangnya. Percaya atau tidak, sampai ke hari ini jika kami di rumah, ibu akan menghidangkan makanan dan membuat our morning milo untuk kami semua. Dia tidak benarkan sama sekali untuk pembantu rumah membuatnya kerana ibu sering berkata jika di luar kami semua sudah dewasa, tetapi berubah sebaik melangkah masuk ke ruang kediaman. We will always be her baby!” tambah Nina.
 
Adakah sukar membesar sebagai seorang anak politik? “Tidaklah sukar, but of course we always have to weigh each and every decision that we make because the slightest mistake could jeopardize my father. Sudah dididik dari kecil, itu bukanlah masalah besar. Lagipun, pesanan ayah sejak kecil adalah senantiasa berbuat baik, jangan memalukan ibu bapa dan jangan bongkak. Bukahkan itu pesanan semua orang tua kita? It’s not a hard rule to follow, I suppose. Cumanya perbezaannya adalah kami perlu lebih berhati-hati dan kuat untuk menempuhi segala tohmahan yang dilempar. Ayah selalu juga berkata tidak kira apa yang dilakukan dalam hidup, ada yang akan bersetuju dan ada pula yang akan membantah. You can never please everyone. So when people disagree, we just smile and move forward because there must be a right reason for the other half to agree with you.” 
 
Tambah Nina, apa yang diusahakan hari ini bukan disua semudah itu oleh keluarga atau suami. Dia sendiri seorang yang berpendidikan tinggi dan sudah terlebih dahulu merencana masa depannya. “Saya akui kalau kita berduit atau punya modal untuk memulakan perniagaan pasti senang. Tapi lain pula untuk menubuhkan perniagaan yang punya titik jualan unik lantas membentuk daya tarikan untuk menarik pandangan pelanggan. Itu sama sekali tidak senang. Anda perlukan strategi pemasaran dan kemahiran untuk membingkis dunia perniagaan untuk mengekalkan jenama atau produk. Yang merunsingkan bukanlah untuk memulakannya, mempertahankan itu lebih sukar kerana lebih banyak halangan akan diuji dan ia perlu diatasi dengan segera. Seharusnya orang perlu memahami bahawa mendirikan perniagaan mengambil banyak masa dan usaha. Wang ringgit dan bergelar anak kepada ahli politik itu sahaja tidak membantu. Lagipun, jika ingin untuk hidup senang saya tidak perlu bekerja keras dan belajar tinggi. Membuka satu perniagaan sudah cukup sekadar syarat memberitahu orang yang saya punya kerjaya. But I love my work so much, I put a lot of eff ort into making it happen and expanding it. Bukan senang nak jadi senang, bukan?”
 
Untitled

See also
Jatuh Cinta Di Tempat Kerja Edisi Hollywood

Bersuamikan Pereka Fesyen

 

Teruja sekali saya untuk bertanyakan “adakah rumit bersuamikan seorang pereka fesyen terkenal?” Kata Nina, “Secara jujurnya tidak! Ramai yang suka bertanya kalau Jovian yang memutuskan gerobok fesyen saya atau if he is strict with what I have to wear. Terpulang untuk percaya atau tidak, Jovian gemarkan seorang wanita yang ringkas penampilannya dan tidak terlalu banyak mengoleskan solekan pada wajah. Kebetulan, saya seorang yang tidak pandai bersolek tebal langsung itu merupakan kelebihan tersendiri. Dari segi berfesyen, dia suka akan gaya saya sejak sebelum kahwin lagi. Menjadi diri sendiri adalah nasihat terbaik untuk wanita di luar sana yang sedang berpacaran. Buat apa mahu nampak cantik tetapi dalam pada itu tidak sama seperti yang di war-war di luar. Ramai juga yang bertanya apakah saya tidak kisah jika suami dikelilingi ramai perempuan? Honestly to me when there is trust, there should not be a problem. Saya tidak suka mengganggu kerja dia kena saya juga mahukan privasi bila bekerja. So I love to give him his privacy as well, but Jovian loves to include me in almost everything so I am actually always there. Cumanya di belakang tabir, menyokong kerjayanya. Saya tidak mengikuti trend-trend tertentu. Apa saja yang saya rasa cantik dan selesa waktu menyarungnya terus dibeli. Sudah tentu ada kalanya saya jatuh cinta dan kebetulan pula menjadi kunci gaya trend, semestinya saya keluar mendapatkannya. Basically, I buy what captures my attention at that point of time. Tetapi saya alah dengan beg tangan! Kerana ia adalah soft spot atau kekurangan diri saya,” cerita Nina panjang lebar.
 
Bagi mengekalkan keharmonian keluarga, bagi Nina, gurau senda perkara yang paling bernilai kerana komunikasi adalah kunci kepada rumah tangga bahagia. Nina dan suaminya suka menyakat antara satu dan lain. Laughter makes a happy marriage. “Walau sesibuk mana sekali pun, Jovian dan saya sering berkomunikasi tidak kira dalam medium apa saja. Menghantar foto antara satu sama lain sudah menjadi rutin. Setiap hari Jovian akan hantar dan berkongsi gambar rekaannya bersama saya dan saya pula hantar gambar of what I’m up to as well. Kadang- kala kami ketawa bersama kala menonton video telatah kanak-kanak di tadika. Biarpun sibuk seperti perdana menteri sekali pun, Jovian atau saya akan meluangkan masa di hujung minggu bersama. Sunday is no work kind of day, selalunya dialah yang lebih sibuk. Tetapi pada setiap hari Ahad dia tidak akan melayan telefon dan akan menumpukan masa kepada aktiviti kami bersama. Kami juga sering mengembara bersama, we will try to travel at least three times a year and to spend quality time together. Membuat kejutan sudah pasti, whether it is a romantic dinner, or a gift , or a surprise trip. We believe that surprises keep the relationship alive. Percutian hebat bagi saya adalah di mana sahaja lokasi yang punya pantai membiru dan pasir yang halus memutih. Panorama yang indah adalah satu kemestian memandangkan kita semua hidup di kota raya dengan hutan konkrit di sekeliling. Dapat menghirup udara segar membuatkan saya gembira dan bebas. Juga saya gemar mengumpul shot glass dan botol syampu hotel dari merata dunia,” tutur Nina riang.
 
Sedang seronok berbual bicara, telefon Nina berdering langsung dia meminta izin untuk mengundurkan diri kerana ada kerja yang perlu diselesaikan di pejabat. Sebelum itu sempat Nina berkongsi, “Seperti yang dikatakan terdahulu, mengumpul tas tangan is my ultimate guilty pleasure. Antara pembelian terbaru adalah beg Diorama, Dior split sunnies, dompet dan beg Monster Fendi. Tidak lupa juga kasut Saint Laurent Paris. Bekerja keraslah saya mengumpul wang semata-mata untuk terapi ini. Jika diberi pilihan untuk membeli aksesori mewah, saya mahukan semua koleksi the Great Gatsby Collection by Tiffany & Co. Especially the tea set!” kata Nina menutup bicara.

See also
Lifestyle Guru: Amber Chia Berkongsi Rahsia Kejayaan

 

Konsep & Penata Gaya CHEAH WEI CHUN CLANHOUSEONLINE.COM

Gambar BUSTAMAM MOKHTAR

Dandanan OLIVIA OOI
Solekan YEN YAP MENGGUNAKAN ESTEE LAUDER

Penyelaras ZUHAIRIE SAHROM

Dibantu Oleh AIZAT AIDID

Teks: Zuhairie Sahrom