Usahawan Wanita Pilihan Most GLAM 2017: Nikola Hassan

Most GLAM 2017: Nikola Hassan

Membesar di Amerika Syarikat, pernah bercita-cita menjadi seorang peguam kerana teruja dengan kehebatan peguam wanita mengendalikan kes, dia akhirnya menceburkan diri di bidang kewartawanan sebelum beralih ke dunia perhubungan awam. Pengalaman demi pengalaman yang dikutip di dalam kedua bidang ini telah membentuk siapa Nikola Hassan, 33, hari ini.

 

Nikola kini menerajui syarikatnya Avant X sebagai Pengarah Urusan. “Avant X ditubuhkan empat tahun yang lalu dan ia boleh diibaratkan sebagai my first baby. Pengalaman saya dalam bidang komunikasi korporat telah mematangkan saya untuk meneroka lebih jauh dan kini Avant X menjadi medium pengantara penting bagi jenama mewah. Avant X menguruskan jenama yang melibatkan jenama mewah daripada fesyen, kecantikan dan gaya hidup seperti restoran. Bidang ini cukup mencabar dan memberikan saya keazaman untuk sentiasa relevan dengan peredaran semasa yang melibatkan keperluan pelanggan,” ceritanya.

 

Dan kala ditanya mengenai pandangan wanita yang berkerjaya dia spontan melahirkan kekaguman pada wanita yang memiliki kerjaya yang dianggap sebagai insan yang menakjubkan kerana mereka mampu berdikari, berwawasan dan sentiasa siap siaga untuk berhadapan dengan cabaran.

See also
Magnum White Party