Independent women are sexy! Ujarnya membuka bicara. Menjawat jawatan Ketua Pemasaran & Komunikasi, DC & Cinnamon Group, Datin Shena Mohd mempunyai visi yang lebih besar dalam bidang perniagaan. Dia berbicara mengenai perusahaan yang dikelolakannya. “DC & Cinnamon Group adalah syarikat yang membantu perniagaan meningkatkan prestasi dan menggalakkan pertumbuhan dengan menganalisis masalah dan mencari proses baru serta efektif kepada keperluan pelanggan yang berbeza-beza. Kami menyediakan perkhidmatan khusus kepada pelanggan kami yang akan membolehkan mereka menjalankan perniagaan F&B secara optimum.” Berbicara mengenai potensi perniagaan yang melibatkan industri makanan di Kuala Lumpur baginya ia sungguh memberangsangkan sementelah kita berjiran dengan Singapura dan Bangkok. Kedua-dua destinasi ini terkenal dengan keupayaan mereka menyediakan restoran terbaik di rantau Asia malah dunia. “Oleh itu, with Michelin coming to Malaysia next year, I can foresee that KL’s food scene willbe one of the best in the near future.”