Muda, cantik, yakin dan berjaya adalah perkataan tepat untuk menggambarkan wanita ini yang juga social media influencer.
Aina Syahirah, 26, dan rakan kongsinya menubuhkan perniagaan effortless footwear yang diberi nama Kulet pada Januari 2016. Proses pembuatan mengambil masa 10 bulan dan pada Oktober 2016 Kulet dilancarkan. “Alhamdulillah dengan medium media sosial, tidak disangka perniagaan kami mendapat sambutan menakjubkan. Kulet dijual secara online iaitu di website kami, kulet.co. Instagram @kuletstore is where people really get to know our brand,” jelas Aina.
Pelajar lulusan jurusan Media & Komunikasi Universiti Taylor’s ini menyifatkan dirinya sebagai seorang yang degil kerana apabila berkehendakkan sesuatu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya. keluarga cukup masak dengan sifatnya. “If I want something, I must get it. And I think it is very good for business. It keeps me running to reach my goals.”