"Misi saya adalah untuk menyatukan ritma muzik serantau" - Arabyrd

“Misi saya adalah untuk menyatukan ritma muzik serantau” – Arabyrd

Arabyrd April 2014
 
Datang serba ringkas pada hari itu menggambarkan dia seorang yang berpenampilan begitu bersahaja. Saya juga terpukau saat di set penggambaran. Dia tampak profesional dalam memberikan pose. Perwatakannya tidak sama sekali berubah, bagaimana di pentas, begitu jua di kehidupan realiti. Arabyrd atau nama sebenarnya Arafah, kini sedang giat berjuang muzik bersama duo DJnya, Tunku Nadia yang digelar Twinkies namun aktiviti solonya masih belum berakhir. Cuma kini selesa bermain sebagai DJ memutar turntable di majlis-majlis, kelab atau di pentas konsert.
 
Membuka tirai perbualan bercerita tentang projek terbarunya, dia merancang untuk menghasilkan album yang di mana atur muzik digubahnya sendiri, “Saya sedang mengikuti kelas produksi, kerana sebelum ini saya hanya menulis lirik untuk lagu-lagu saya, kini saya ingin mula mengarang melodinya, and that is like another step up for me personally”. Selain dengan perancangannya itu, dia juga akan memperkembangkan lagi namanya dengan menyertai gig di sekitar Jakarta, Shanghai dan juga Sydney yang dijadualkan pada tahun ini. Ujar Arabyrd lagi berada di industri sudah hampir sepuluh tahun adalah pencapaian yang cukup membanggakan dirinya, “And also the fact that I’m not going to stop anytime soon because I still have the passion for it”.
 
Dia amat gemar bersukan, Arabyrd jarang sekali mengawal pemakanannya namun apa yang dimakan, dia pasti akan membakarnya kembali. Hidup bak katanya haruslah seimbang dan yang paling penting minum banyak air putih serta lakukan senaman dua kali seminggu. Itulah rahsia dia dalam mengekalkan stamina ketika membuat persembahan. Lihat sahaja tubuhnya yang fit itu! Sungguh saya kagumi apabila penyanyi lincah ini memberitahu saya yang dia tidak sekali gementar di atas pentas, “Bagaimana mahu saya cakap ya, saya tidak tahu jika ia adalah suatu anugerah ataupun sumpahan, percaya atau tidak, saya tidak langsung gementar tetapi perasaan saya itu lebih kepada tidak sabar untuk beraksi. Jika tanya bagaimana perasaan saya ketika on stage, saya tidak tahu bagaimana untuk saya terangkan. You’re just lost, you escape everything and no one can say no to you,” ujarnya sambil tertawa.
 
Begitu ingin tahu sekali diri ini tentang kisah obsesinya terhadap fesyen, melihat dari gaya penampilannya, dia gemar mengumpul kasut dari jenama Nike koleksi Jordan. Menggambarkan dirinya sebagai seorang impulse buyer dan juga jarang sekali keluar membeli-belah barang-barang berjenama kerana baginya itu bukanlah suatu yang penting buat dirinya. Soal gaya peribadi, gaya dan fesyen berubah saban hari apabila keluar berjumpa pelbagai ragam manusia, “Anda bercakap dengan orang yang berbeza dan kemudian seakan terikut dan terpengaruh dengan satu-satu trend itu. Tetapi saya masih diri saya yang gila-gila. Namun gaya itu akan berubah lama-lama seiring dengan faktor umur dan kematangan diri ini.”
 
Saya akhiri perbualan dengan bertanyakan soal impian dan inspirasinya di masa hadapan. Arabyrd yang memasang cita-cita tinggi tatkala bercerita soal muzik dimata Asia. Misinya adalah untuk menyatukan ritma muzik serantau. Seperti Malaysia, Thailand dan juga Indonesia mereka punyai persamaan iaitu alunan Gamelan, kemudian diolahkan menjadi muzik yang boleh diputar di dalam kelab. Suatu yang tidak mustahil baginya. Dia berasa bersyukur kerana pada hari ini, industri muzik tempatan punya barisan penghibur muda yang ramai. Cukup sahaja bagi  dia menyaksikan rakan-rakan seni yang hadir ke studio hari ini, “This has just started and it is not going to stop. And also people have accepted Hip-Hop, itu membuatkan saya berasa cukup terharu dan bangga”.
 
Teks & Penyelaras: Zuhairie Sahrom dan Amira Azman
Penata gaya: Aizat Aidid
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric Chow/ Blink Studio
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM April 2015
 
 

See also
Starry Night di Golden Globes Awards 2020