Bekas pasangan suami isteri, Tory Burch dan Chris Burch, memulakan jenama kegemaran ramai ini bersama sehinggalah mereka bercerai dan Chris membuat keputusan untuk menubuhkan jenama baru yang dilihat seiras dengan DNA Tory Burch. Pergelutan mereka diikuti dengan kes saman-menyaman dan beberapa trip ke mahkamah untuk menyelesaikan persengketaan mereka.