Dua pereka fesyen wanita berbakat dan dua rumah fesyen ikonik dari Paris. Laporan mengatakan Chanel dan Schiaparelli tidak bersefahaman dek kerana rasa cemburu Chanel kepada pesaingnya itu. Schiaparelli yang lebih dikenali dengan rekaannya yang lebih berani dan inovatif membuatkan Chanel secara “tidak sengaja” terlanggar Schiaparelli dengan candalabra sehingga dressnya terbakar. Chanel juga menggelar Schiparelli sebagai “that Italian artist who makes clothes.”