Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Aruwin Salehhuddin mencipta sejarah sebagai atlet wanita pertama dan satu-satunya dari Malaysia yang bertanding dalam dua edisi berturut-turut Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Aruwin Idami Salehhuddin ialah nama yang kini sinonim dengan pencapaian besar dalam sejarah sukan Malaysia. Lahir pada 14 Februari 2004 di Bellingham, Washington, Amerika Syarikat, Aruwin menceburi sukan ski alpine, sukan salji yang biasanya didominasi oleh negara bertukar musim.

Aruwin mengharumkan nama Malaysia

Mula bermain ski pada usia sekitar dua tahun, Aruwin mula mencipta sejarah pada usia remaja apabila menjadi atlet wanita pertama Malaysia yang mewakili negara di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing 2022. Dalam pertandingan itu, beliau bertanding dalam acara giant slalom dan menamatkan saingan di kedudukan ke-38, satu pencapaian yang membanggakan memandangkan sukan salji bukan bidang biasa buat rakyat Malaysia.

Kejayaannya tidak datang secara tiba-tiba. Aruwin dibesarkan dalam keluarga yang menggemari sukan terutama bapanya, Salehhuddin Ayob yang juga seorang atlet Olimpik (kayak slalom pada Atlanta 1996) dan sejak kecil lagi Aruwin didedahkan kepada pelbagai aktiviti sukan termasuk menyelam, menari dan luncur ais sebelum fokus kepada ski alpine sepenuh masa semasa remaja.

See also
Mira Filzah Ulas Berita Kehamilan

Empat tahun selepas penampilan sulungnya, Aruwin kembali mencipta sejarah dengan menjadi wakil tunggal Malaysia di Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 di Itali. Pada usia 21 tahun, beliau bukan sahaja atlet wanita Malaysia pertama yang menyertai dua Sukan Olimpik Musim Sejuk berturut-turut, malah satu-satunya wakil negara pada edisi 2026.

Selain daripada kejayaan di Olimpik, Aruwin juga mencatat prestasi cemerlang pada peringkat Asia. Di Sukan Musim Sejuk Asia Harbin 2025, beliau hampir menjuarai acara tersebut dengan meraih tempat keempat dalam acara slalom wanita dan sekali gus menempatkan Malaysia dalam radar sukan musim sejuk antarabangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aruwin Salehhuddin (@aruwin.sal)

Walaupun berdepan cabaran dari segi kewangan dan kemudahan latihan, memandangkan kebanyakan persediaan dan pertandingan memerlukan latihan di luar negara, semangat dan komitmen Aruwin tetap utuh. Beliau kini berazam untuk terus mengejar peluang bertanding di peringkat dunia termasuk FIS World Cup dan menyumbang lebih lagi kepada pembangunan sukan musim sejuk dari Asia Tenggara.

See also
Terokai Nairobi: 7 Penginapan Airbnb Pilihan GLAM

Artikel Berkaitan: Putera & Puteri Diraja Malaysia dan Brunei Hebat Beraksi di Sukan SEA 2025

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

Penulis