Kate Middleton Berang Kerana Perihal pakaian - Glam Malaysia

Kate Middleton Berang Kerana Perihal pakaian

Menjadi Puteri seperti Kate Middleton bukan mudah… hal ini terkesan pada Princess of Wales dimana baru-baru ini baginda telah menegur orang ramai mengenai pakaiannya. Menurut kenyataan Istana; “Focus on my work, not my wardrobe,” yang menegaskan bahawa baginda mahu orang ramai memberikan tumpuan diberikan kepada isu-isu yang benar-benar penting.

Penyataan ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada Kate benar-benar muak kerana orang ramai begitu peduli dengan pakaiannya. Jurucakap Istana Kensington mengeluarkan kenyataan berikut kepada People Magazine: “Sepanjang minggu lalu, saya telah menerima banyak soalan tentang cerita mengenai pakaian Puteri Wales dan bagaimana Istana Kensington berkongsi maklumat tentang pakaiannya.

Pendapat umum di United Kingdom bersetuju, gaya Kate memainkan peranan penting dalam masyarakat dengan menyoroti pereka British dan meningkatkan industri fesyen British. Walaubagaimana pun, selama bertahun-tahun, Istana Kensington telah mengekalkan dasar hanya sekali-sekala mendedahkan butiran tentang apa yang dipakai.

Tentang Kate Middleton: 

Catherine, Puteri Wales, GCVO (diputerakan Catherine Elizabeth Middleton; 9 Januari 1982) ialah ahli kerabata Diraja British. Baginda berkahwin denganPutera Wiliam, Putera Wales, bakal raja kepada takhta British, menjadikan Catherine kemungkinan bakal permaisuri.

See also
Cakap Fesyen Bersama Personaliti Terhangat Hollywood

Diputerakan di Reading, Middleton membesar di Bucklebury, Berkshire. Baginda dididik di Sekolah St Andrew dan Maktab Marlborough sebelum melanjutkan pengajian dalam sejarah seni di universiti St Andrews di Scotland, tempat baginda bertemu dengan William pada tahun 2001. Baginda pernah bekerja dalam peruncitan dan pemasaran dan menjalankan kerja amal sebelum pertunangannya pada bulan November 2010. Baginda berdua berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey. Paduka anakanda pasangan diraja ialah aPutera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis adalah kedua, ketiga, dan keempat dalam susur galur pewarisan takhta British.

Artikel Berkaitan: 6 Rahsia Hubungan Kate Middleton dan Putera William Yang Tidak Ramai Tahu