Jaclyn Victor Amalkan Diet Mengikut Jenis Darah
Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun Clanhouseonline.com
Gambar: Bustamam Mokhtar white studio
Dandanan: olivia ooi
Solekan: CAT YONG MENGGUNAKAN LAURA MERCIER
Penyelaras: AIZAT AIDID
Teks: Nisa’ Halid
Sedekad lalu, Jaclyn Victor dinobatkan gelaran juara Malaysian Idol. Bagaikan masih baru, suaranya yang versatil dan unik ini terus bergema menggegarkan industri seni suara tanahair. Bintang penyanyi hebat ini semakin terang sinarnya apabila dia mula mengorak langkah merentas benua.
Tubuh langsing dengan sepasang kaki panjang mengayun langkah penuh yakin masuk ke White Studio. Beriring senyum lebar, wajah ceria dan suara nyaring menyapa kami semua yang berada di studio kala itu. Wanita bertubuh cantik dan peramah tersebut adalah penyanyi terkenal. Siapa lagi kalau bukan biduanita kebanggaan negara Jaclyn Victor, penyeri muka depan isu ini? Ya, masa sememangnya berlalu terlalu pantas. Bagaikan tidak terasa 10 tahun sudah pun berlalu. Rasanya masih baru lagi lagi melihat kejayaan Jaclyn merangkul tempat pertama, Malaysian Idol. Suara nyaring, tinggi dan lunak ini seperti berhantu kala itu. Dan , hakikatnya suara itu masih lagi digilai malah dia lebat dihujani undangan menghibur di majlis-majlis korporat ternama. Ternyata ‘demand’ penyanyi ini masih sangat tinggi! Bintangnya kian berkilau, bakatnya sentiasa digilap. Sememangnya dia berbakat besar!
Hadir bersama pengurusnya, Zalekha dan Ema dari KRU Music, Jaclyn mengenakan sepasang jumpsuit polos walau loose namun tidak gagal menonjolkan ilusi tubuhnya. Dengan jadual padat dan yang istimewa, baru mendirikan rumah tangga, Jaclyn ternyata masih ‘bergetah’ dan menjadi bualan ramai. Hati saya berdetik seketika, “Apa yang diamalkan Jaclyn? Tubuhnya masih kekal seksi dan toned sekali!” Saya pasti bukan sahaja saya mahukan rahsia cantiknya, anda juga pasti mahu mengetahuinya. Bersesuaianlah dengan tema GLAM isu ini yang menceritakan perihal tubuh badan, Jaclyn has what it takes!
PENGAMAL BLOOD TYPE DIET
Matang bersama usia, sematang lontaran suara Spinto Sopranonya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor tampil lebih berani berambut pendek. “Saya lebih selesa berambut pendek, lebih yakin dan kemas. Rimas jika berambut panjang,” katanya. Teringat kata-kata yang berpendapat wanita berambut pendek, personalitinya lebih daring. Ya, lihat sahaja Jaclyn Victor! Kala beraksi di hadapan lensa, kami di belakang tabir tidak henti memuji bentuk tubuh Jaclyn yang kini mencecah usia lewat 30-an. Masih montok, masih punya aset yang kukuh kebanggaan kaum hawa. Perut rata, peha yang terbentuk, lengan tangan serta bahu yang toned. Sungguh mengagumkan!
Sambil bergaya di hadapan lensa kamera, sebagai mengambil mood dia terus enjoy menyanyi dan amat professional. Tidak sabar untuk mencuri sedikit masanya mencungkil rahsia tentang tubuh solidnya itu. Usai pengambaran saya mengajaknya berbual. Rahsia utamanya adalah diet dan senaman. Dia memberitahu tanpa bersembunyi, “Saya bersenam seperti yang lain. Namun mungkin yang membantu adalah cara pemakanan saya. Saya gemar memasak sendiri makanan saya. Dengan cara ini saya dapat mengawal kuantiti minyak atau bahan-bahan lain yang kurang baik untuk kesihatan. Lagi pula makanan akan lebih bersih dan terjamin,”jelasnya.” Selain itu Jaclyn juga memberitahu yang dia mengamalkan diet mengikut jenis darah. Jaclyn penuh semangat memberitahu saya mengenai diet tersebut. Katanya kita boleh mengawal berat dan kesihatan badan dengan pengambilan makanan berdasarkan jenis darah anda yakni O, A, B, atau AB. “Ia membantu kita mengurangkan berat badan dan kesihatan menjadi lebih baik. Itulah idea di sebalik diet mengikut jenis darah kerana makanan bertindak balas secara kimia dengan jenis darah anda. Jika anda mengikuti diet yang direka untuk jenis darah, badan anda akan mencerna makanan dengan lebih baik dan dapat mengurangkan berat badan, memberi lebih banyak tenaga, dan membantu mencegah penyakit,” jelasnya.
“Memiliki darah jenis A+, saya perlu mengurangkan pengambilan daging dan menumpukan pada makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, kacang dan kekacang juga bijirin. Ini adalah pemakanan ideal untuk darah jenis ini kerana pemilik darah A+ mempunyai sistem imun yang sensitif.” Dan katanya lagi
“As we grow older, our metabolic rate slows down, so kena betul betul jaga kalau tidak… hmm,” tambahnya lagi sambil menggeleng kepala. Fahamlah saya kepentingan penjagaan kesihatan yang diamalkan Jaclyn. Bukan sahaja menjaga penampilan harian dan di atas pentas namun kesihatan dalaman juga perlu dititikberatkan agar keseluruhan penampilan tampak lebih cantik dan menawan.
Cuba mengorek tip dan rejim penjagaan wajah, “I like to keep it simple. Dengan tatarias natural, mainan rona neutral juga gincu ajnas warna setiap kali tampil di majlis korperat ataupun pada hari kasual. Saya selesa dengan hanya mengenakan sepasang denim dan kutang polos jika tidak ada shows. Pun begitu saya amat menggemari rekaan klasik dan kurang gemar berpakaian secara berlebih-lebihan. Less is more,” ujar Jaclyn yang mengangkat Victoria Beckham sebagai ikon fesyennya.
Katanya lagi, “Bila ada kelapangan waktu saya akan ke spa untuk mendapatkan rawatan wajah, threading dan juga rawatan kuku dan tangan, yaitu manicure dan pedicure.” Kala dia disuruh menggambarkan dirinya dalam perkataan, Jaclyn yakin dirinya bersikap positif, gembira, passionate juga compassionate. Pengurusnya yang berada di sebelah tiba-tiba mencelah “Dia seorang yang humble sebenarnya.” Ya, saya juga turut bersetuju dengan Zalekha!
CURRENT UPDATES
Memegang padu kata-kata motivasi daripada Maya Angelou, “My greatest hope is to laugh as much as I cry, to get my work done, and to try to love somebody, and to have the courage to accept the love in return,” Jaclyn masih lagi hebat di dalam gelanggangnya. Setelah meninggalkan Sony BMG dan Sony Music dia menyertai KRU Music dua tahun lalu. Bersama KRU Music Jaclyn berjaya menggondol beberapa anugerah dan yang paling besar tahun ini adalah Anugerah Vokal Terbaik Juara Lagu ke-28 dengan lagu “Ikut Rentakku”. Dengan satu lagi persetujuan, Jaclyn dan KRU Music bakal hadir dengan album Bahasa Inggeris berjudul “Unleashed” yang akan dikeluarkan di persada antarabangsa.
Jaclyn kini sedang sibuk mempromosikan album “Unleashed” dan single yang berjudul “Remedy” yang akan diedarkan melalui lebih 80 platform digital. “Remedy” adalah lagu Electronic Dance Music ciptaan Edry Abdul Halim dan lirik pula ilham Yusry Abdul Halim. Single “Remedy” juga bakal membawa dimensi baru bagi hala tuju muzik Jaclyn. Dengan gabungan melodi dan lirik terkini “Pop”, penyampaian vokal “R&B” dan susunan muzik EDM yakni Electronic Dance Music; “Remedy” nyata mempunyai elemen “hit single”. “Unleashed” turut menampilkan empat lagi single dalam Bahasa Inggeris yaitu “Pinnacle”, “Sweeter Than A Dream”, “Over And Over” dan “Delirious”. “Saya menulis tiga daripada lima lagu di dalam album ini. It is so exciting because this is my first serious attempt in writing lyrics,” terang penyanyi versatil ini bangga dan teruja. Album ini dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur namun proses adunannya dilakukan sepenuhnya di Los Angeles.
Selain album “Unleashed”, album paling mengujakan dan yang ditunggu-tunggu mengakihiri tahun ini, konsert di Panggung Sari, Istana Budaya di pertengahan November juga tidak kurang hebatnya. One of the year’s most musically thrilling concerts dedicated to the most loved secret agent of all time! Konsert Licence To Thrill: A Bond Concert yang berlangsung pada 14hb hingga 16hb November 2014. “Exciting show! Kolaborasi bersama Salamiah Hassan, Nikki Palikat, Simon Bailey and David Shannon. Kami akan mempersembahkan lagu-lagu popular dari filem James Bond dan saya amat teruja dan berbesar hati kerana berpeluang membawa lagu License to Kill by Gladys Knight yang sangat saya sukai dan tidak pernah membawakannya sebelum ini.”
Konsert selama 90 minit adalah dengan kerjasama LimeLight Entertainment dan diarahkan oleh Melissa Teoh, yang pernah mengarahkan The Woman in Black dan banyak lagi. Bersama-sama Lee Sze Wan sebagai Pengarah Muzik, yang juga pernah bersama Broadway.
“Apa yang saya boleh janjikan di konsert itu nanti, anda dapat menyaksikan dua Bintang Barat dan dua songstresses hebat berkongsi pentas. Ia sememangnya satu konsert muzik yang paling mendebarkan tahun ini khusus untuk ejen rahsia sepanjang zaman! Didedikasikan untuk lagu-lagu yang paling diingati dan muzik dari For Your Eyes Only, Skyfall dan banyak lagi,” tambah Jaclyn.
Siapa sangka, dalam diam Jaclyn mengatur cerita cintanya. Pada 12 Ogos 2014, dia akhirnya memperkenalkan suaminya, penyanyi Puerto Rican, Shawn Rivera. Pasangan ini berkahwin di sebuah gereja Philadelphian di Amerika Syarikat pada 19 Julai. “Awalnya perasaan itu masih samar-samar tetapi lama kelamaan ia menjadi kuat dan akhirnya saya yakin dialah teman hidup yang saya cari selama ini,” dia membuka tabir cintanya. Mengenali suaminya kala melebarkan sayap ke Hollywood. Kolaborasi bersama Az Yet bersempena pemasaran filem Bahasa Inggeris Animasi 3D pertama terbitan KRU Studios berjudul “Ribbit” untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, Jaclyn Victor dan kumpulan R&B antarabangsa Az Yet menyampaikan lagu berjudul “Magical Moment”.
“Di sinilah babak cinta kami bermula”, cerita Jaclyn malu-malu, “Dia sering memerhatikan saya dari jauh. Bila berjumpa untuk berbincang tentang lagu pasti ada mata yang memerhati membuat saya berasa tidak selesa.” Kini sepasang mata itu milik suaminya, “Kami sentiasa bersembang panjang. Kami menghabiskan masa berbual di telefon berjam-jam lamanya kala berjauhan. Life is wonderful, I am very blessed. Seronok bila ada yang menyokong kerjaya saya dan diri saya as a person.” Bila bercakap mengenai keluarga dan rumah tangga, “Saya mahu anak secepat mungkin jika ada rezeki. Pada saya bila tiba masanya, kita tidak sikit pun berasa pelik atau janggal. It feels natural and nice. Saya punya teman memasak dan menyanyi bersama. Isn’t it lovely? Doa saya agar jodoh kami berpanjangan dengan kesihatan yang baik.” Begitu harapan penyanyi yang pernah membintangi filem Talentime, arahan Yasmin Ahmad pada 2009. Lewat filem itu dia menerima anugerah Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Beliau membuat penampilan batu perhiasan berukir dalam fiksyen seram tempatan, Susuk. Muncul dalam filem Tamil tempatan, Appalam, yang diarahkan oleh Afdlin Shauki dan juga menyertai teater muzikal, Cuci The Musical Musim 2 tahun 2010. Selain teringin menimang cahaya mata tahun depan, Jaclyn akan sibuk dengan pelan mempromosikan “Unleashed” dan aktif dengan beberapa festival muzik di Amerika dan Eropah.