Memiliki gaya peribadi penuh karakter menjadikan Hanneli Mustaparta menonjol dari gadis fesyen lain. Mungkin juga profesionnya sebagai jurugambar dan penata gaya adalah sebab dia mempunyai citarasa nan tersendiri. Kini dia terus bekerjasama dengan majalah serta label fesyen terkemuka, malahan wajahnya pernah terpampang di t-shirt jenama gedung gergasi Zara.
Ultra chic dalam padanan denim dress dan but ketika menghadiri majlis Net-A-Porter.
Sewaktu menghadiri tayangan perdana “De Djess”, Miu Miu Women’s Tales.
Gaya sarat 70-an ketika di pentas musim luruh/sejuk 2015 Frame Denim.
Di Guggenheim International Gala pre-party 2014.
Dia tampil risky dengan skirt jarang sisi di Minggu Fesyen Paris tahun lalu.