Style Queens At The 2020 Grammy Awards - Glam Malaysia

Style Queens At The 2020 Grammy Awards

Dunia masih berbicara tentang majlis Anugerah Grammy yang berlangsung Ahad lalu, menyaksikan Billie Eilish dan Lizzo antara pemenang utama. Selain senarai pemenang, turut hangat diperkatakan adalah stail serta fesyen personaliti dan selebriti anggun yang hadir memeriahkan acara. Menurut pengamatan kami, ini adalah antara yang paling bergaya pada Anugerah Grammy 2020.

1. LIZZO 

Seakan snow queen, pertama kali hadir ke majlis ini, penampilan Lizzo tidak mengecewakan dalam gaun putih Atelier Versace.

(Photo by VALERIE MACON / AFP) (Photo by VALERIE MACON/AFP via Getty Images)

2. ARIANA GRANDE

Ariana is the queen hands down! Lihat saja penampilannya, tidak ubah seakan seorang puteri menawan yang turun dari langit. Persalinan Giamabattista Valli ini menyerlahkan sisi feminin dan kejelitaan Ariana.

3. BILLIE EILISH

Gaya esentrik menjadi pilihan Billie untuk debut pertamanya dalam majlis besar ini. Mengenakan persalinan daripada GUCCI from top to bottom, Billie tampak berbeza, lain dari yang lain dan nyata mencuri tumpuan pada malam itu.

See also
Towards The Sun

4. DUA LIPA

Bekas penerima anugerah Best New Artist tahun lalu tampil simple namun tetap menawan. Dua Lipa menyarung busana dari Alexander Wang. Solekan dan tata rias rambutnya pula menambah seri.

5. LANA DEL RAY

Tahukah anda, busana yang disarung Lana adalah busana last minute! Khabarnya, Lana membeli busana berona kelabu Aidan Mattox ini di pusat membeli-belah sehari sebelum majlis anugerah.

Foto: Getty Images