GLAM Personaliti: Aisyah Aziz - Glam Malaysia

GLAM Personaliti: Aisyah Aziz

aisyah aziz

Aisyah merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Berasal dari Singapura, kini Aisyah lebih selesa menetap di Kuala Lumpur memandangkan kariernya sebagai penyanyi berputik di sini. Lagu debut nyanyiannya berjudul Mimpi adalah hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Faizal Tahir. Mula dikenali peminat tempatan menerusi program nyanyian Akademi Fantasia untuk Musim ke-10.

 

I just love music and performing! Sejak di bangku sekolah rendah lagi, hanya muka saya saja yang tidak pernah penat membuat persembahan. Bukan sahaja rakan-rakan, malah guru-guru di sekolah pun sedar akan perkara ini. Saya berjaya mengharungi cabaran sampai di tempat keenam. Namun, ia tidak pernah menyekat mahupun menghalang saya untuk bergiat dalam dunia seni suara. Saya punya minat yang mendalam dan mula menyanyi sejak usia sembilan lagi. Kala mendengar lagu berkumandang di corong radio, saya cepat menangkap terus menghafal melodi atau seni katanya sekali. Bermula daripada ayah dengan ritma rock kapak, pendedahan terarah kepada lagu Melayu seperti dendangan kumpulan Spring dan sebagainya. Namun, ia berubah daripada masa ke semasa,” tutur Aisyah.

See also
Siapakah Model Paling Kaya Tahun 2018?

 

Tamat belajar di peringkat diploma, Aisyah mengorak langkah dengan rancangan yang sudah diatur kemas. “Keluarga kami kecil. Hanya tiga beradik termasuk saya. Abang yang pertama dan saya punya kembar seiras yang mana dia merupakan pendorong utama saya. Saya tahu, ramai yang memilih untuk menjauhkan diri daripada kakak atau adik perempuan mereka. But we’re crazily attached! She’s my other half and my soulmate. Tiada rahsia antara kami. Walaupun kami kembar seiras, kecenderungan kami ternyata berbeza sekali. She’s the brains of the family, manakala saya dan Aliff lebih senang melayari dunia seni.

 

Mendengar akan cerita ibu kala berkhidmat sebagai pramugari saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan kerana ingin menjadi sepertinya. Saya tidak pernah menyangka untuk bergelar penyanyi kerana muzik adalah minat saya tetapi bukannya cita-cita. So then, my practical ambition was to become a stewardess. Being a singer is more of a dream. I had it all planned out, pensyarah menolong saya memandang mereka lebih arif, sehingga saya menghadiri uji bakat Akademi Fantasia. From there, everything changed.”

 

See also
Kate Spade New York Dibeli Oleh Coach Dengan $2.4 Bilion

“To be honest, joining AF wasn’t my idea, kerana saya punya isu dengan keyakinan diri. Biarpun saya banyak membuat persembahan waktu di sekolah dan juga punya abang seorang penghibur yang cukup berbakat. Awalnya saya tidak melihat itu sebagai sesuatu yang mendatangkan kesenangan kerana jauh di sudut hati, saya percaya mesti ada yang akan membandingkan kami berdua. Sewaktu di AF terus terang saya katakan saya tidaklah sekuat mana memandangkan saya keseorangan. Tetapi minda menjadi lebih positif dengan sokongan dan nasihat keluarga serta tunjuk ajar Aliff. Genre yang saya perjuangkan terarah kepada folk atau balada. Mewarnakan rambut ini adalah antara strategi saya di dalam memperkenalkan identiti muzik yang ingin saya sampaikan,” cerita Aisyah yakin.