Sharifah Sakinah Utamakan Bentuk Badan - Glam Malaysia

Sharifah Sakinah Utamakan Bentuk Badan

Mengikut jejak langkah kakaknya, Sharifah Norhaslinda yang lebih mesra dikenali sebagai Lynn dan Sharifah Shahirah, Sharifah Sakinah sememangnya bukan lagi nama baru dalam industri hiburan tempatan. Dikenali ramai kerana karakternya yang agak gila-gila dan sering menjadi buruan media tempatan.
 
sharifah-sakinah

Sakinah sering kali dilihat memuat turunkan aktiviti kesihatan yang bertujuan untuk memberi inspirasi pada peminatnya dalam mengekalkan kecerdasan mental dan fizikal. “Segalanya bermula secara suka-suka dan kini sedikit sebanyak menjadi punca pendapatan saya,” jelasnya tentang rejim kesihatan yang dimuat turunkan di laman Instagram miliknya. “Ia bermula pada awal tahun ini, secara tidak langsung Fitness Sakinah terus menjadi ikutan ramai. It became so big only for a week. Hanya dari beberapa orang yang datang menyertai program akhirnya menjadi ratusan”.

 

Sakinah punya susuk tubuh yang langsing dan toned. Tidak sekadar kurus tetapi tegap. “Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan metabolisme tinggi. Tetapi saya juga bekerja keras untuk menambah otot dalam memperlihatkan susuk badan tegap. I don’t want to be skinny with bones popping out. Apa yang saya inginkan ialah kurus dan waktu yang sama tegap. Saya adalah seorang yang menitik beratkan tentang bentuk badan dan bukannya kecantikan kulit mahupun wajah. Warna kulit, gebu atau tidak, itu semua tidak penting. Kesihatan tubuh badan itu jauh lebih mustahak terutama apabila usia makin meningkat!”

See also
Rihanna Lancar Koleksi Materniti di Savage x Fenty

 

Kala sesi bertemu peminatnya, Sakinah adalah di antara yang pertama mengetengahkan konsep bersenam bersama peminat di Taman KLCC. “Bukan untuk tayang perut! Saya punya obsesi mengenai penjagaan kesihatan bertahun lamanya dan adalah penting untuk saya berkongsi apa yang saya tahu mengenai bersenam. Saya percaya tidak ramai selebriti tempatan yang menerapkan konsep ini dengan hanya memuat turunkan aktiviti kesihatan menerusi akaun Instagram sahaja. Memang ada yang bersenam tetapi tidak ramai yang mengajar dan sekali gus bersenam bersama. Tidak semua mereka yang datang tahu apa yang perlu dibuat. Peranan saya adalah untuk mengajar dan sudah tentunya mereka ingin tahu rutin apa yang perlu dibuat untuk membakar sejumlah kalori pada setiap sesi. Biarpun mudah atau hanya sekadar rutin asas. Senaman pun ada banyak kategori, mesti tahu jenis badan sendiri dan peringkat senaman yang betul. Bukan hanya sekadar masuk dan terus kurus,” jelas Sakinah.

 

Bila berkata tentang rutin di gim, Sakinah menjawab. “A normal gym routine is just fine. Buat masa sekarang saya hanya lakukan rutin yang normal. Saya gemar melakukan rutin yang agresif. Sebolehnya saya akan elak senaman yang perlu bermeditasi seperti yoga. All I have to do is pump it up! Sememangnya saya suka menambah otot tetapi tidak berlebihan. Terus terang saya katakan yang sebenarnya saya sudah lama tidak bersenam. Hampir lima bulan lamanya. Konsistensi dalam bersenam itu tidak ada. Tetapi sebolehnya saya akan bersedia seminggu dua lebih awal jika saya perlu menghadiri acara-acara tertentu. I will make sure, I go back in shape.”

 

See also
Kad Perkahwinan Meghan Markle dan Putera Harry Dihantar Kepada 600 Orang Bertuah

Sememangnya saya mengagumi siapa sahaja yang tampak cantik biarpun sudah beranak pinak. Buat wanita yang punya cahaya mata jangan beri alasan untuk tidak bersenam. Susuk tubuh badan perlu dikekalkan untuk kebahagiaan diri sendiri. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik? Saya sendiri khuatir bila sudah berumah tangga nanti. Waktu itulah saya akan lebih berjaga agar tubuh kekal cantik biarpun tidak kurus ramping. Mungkin lebih berotot!,” akui Sakinah.