Namanya hangat diperkatakan selepas melakonkan watak sebagai “Fragile” dalam Mad Max yang turut merupakan debut pertamanya dalam dunia lakonan. Courtney Eaton memulakan karier peragaan di negara kelahirannya Australia apabila diminta untuk menjalani uji bakat filem itu. Menurut jelitawan ini, hasil sokongan bapanya yang merupakan peminat filem itu membuatkan dia menyertai uji bakat tersebut. Dia juga bakal muncul dalam filem Gods of Egypt bersama Abbey Lee tahun hadapan.