Namanya mungkin antara yang paling dikenali di kalangan lima wanita tersebut. Rosie Huntington-Whiteley mencipta nama menerusi dunia peragaan terutamanya sebagai Angel pakaian dalam Victoria’s Secret. Mula menyertai dunia lakonan pada tahun 2011 menerusi filem Transformers: Dark of the Moon namun dia dikritik hebat kerana kelemahan dalam teknik lakonan. Kini selepas empat tahun, dia bangkit menerusi filem Mad Max. Ternyata ini hanyalah titik permulaan bagi karier lakonannya yang akan terus melonjak naik selepas ini.