Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas - Page 11 of 21

Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas

Perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang memakan masa hampir empat hari untuk disempurnakan selayaknya menjadi tajuk perbualan orang ramai.

 

 

Saat Priyanka Chopra tampi dipimpin ibunya, Madhu Chopra, dunia tergamam menyaksikan keanggunan Priyanka dalam persalinan Ralph Lauren yang bertambah megah dengan vel tulle berukuran 75 kaki. Setiap langkah yang diambil Chopra menuju ke arah cinta abadinya, Nick Jonas, membuatkan si suami menitiskan air mata kegembiraan.

 

"Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menjadi seorang puteri di hari bahagianya. Tetapi saya tidak pernah mempunyai perancangan akan apa yang saya ingin jadi," terang Priyanka kepada People.

 

Pasangan ini bertukar ungkapan 'I do' melalui upacara perkahwinan Kristian yang dirasmikan oleh bapa Nick iaitu Paul.

 

Upacara perkahwinan Hindu pula diadakan pada keesokan harinya. "Berpeluang untuk mengadakan dua buah majlis besar-besaran di India bersama keluarga dan rakan rapat kami adalah detik yang sangat sangat istimewa," ujar Priyanka.

 

Chopra dan Jonas mengakhiri upacara perkahwinan mereka pada hujung minggu lalu dengan upacara Bidaai, sebuah upacara buat pengantin di mana keluarga Priyanka memberikan restu buat kehidupan baharunya bersama Jonas.

 

Tidak sampai di situ sahaja. Pada hari Selasa (4 Disember 2018), pasangan pengantin baharu ini bersama keluarganya menyambut perkahwinan mereka sekali lagi di dalam sebuah resepsi di Delhi.

 

Priyanka dilihat sangat menawan dalam lehenga berona krim bermanik, pakaian tradisional labuh panjang, skirt bersulam dengan blaus cropped lengan panjang serta shawl draped dupatta. Nick pula mengenakan tuksedo navy.

 

Gambar : Altaf Qadri/AP/REX/Shutterstock

 

Pasangan ini juga memuat naik gambar perkahwinan mereka di Instagram dengan kapsyen yang menambat hati orang ramai, "And forever starts now," tulis Priyanka.  Manakala Nick pula menulis, "Happiest day of my life."

 

And forever starts now... ❤️ @nickjonas

A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on

 

Lihat setiap gambar terindah di perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas di bawah.

11 of 21
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar : PEOPLETV