Debbie Goh Duta Projek Bulgari and Save The Children - Glam Malaysia

Debbie Goh Duta Projek Bulgari and Save The Children

Pada 2009, Bulgari telah memutuskan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Ini telah menjadi satu komitmen berterusan untuk jenama mewah itu.
 
Baru-baru ini, Bulgari telah melawat kanak-kanak etnik minoriti di daerah Dien Bien Dong, barat laut Vietnam bersama-sama dengan empat lagi duta selebriti Asia Tenggara.
 

STC 1280.CR2.p

Mengajar kanak-kanak minoriti di sekolah rendah Chua Ta


 
Pelakon dan penerbit dari Malaysia, Debbie Goh adalah antara salah satu duta yang turut sama membantu dalam projek ini. Dia telah menghabiskan masa sehari belajar dengan beberapa kanak-kanak di Dien Bien Dong. Dien Bien Dong merupakan salah satu daerah termiskin Vietnam. Kanak-kanak etnik minority di sana menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan kerana semua bahan-bahan pembelajaran di sekolah adalah di dalam bahasa Vietnam.
 
STC 1424.CR2.p

Mengajar kanak-kanak membuat skipping rope menggunakan getah


 
Antara tempat-tempat yang dikunjungi ialah sekolah rendah Chua Ta. Debbie turut mengajar pelajar dari gred dua bagaimana untuk menghasilkan skipping rope sendiri dengan menggunakan getah dan juga berinteraksi dengan anak-anak dalam tarian buluh tradisional. Kebanyakkan kanak-kanak di sekolah itu berjalan kaki sehingga 15km setiap perjalanan ke/ dari sekolah setiap hari. Debbie juga turut membantu guru-guru di sekolah itu membuat kek pulut tradisional untuk makan tengah hari.
 
STC 2129.CR2.p

Membuat kek pulut tradisional


 
Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke rumah komuniti Phi Nhu. Debbie melawat rumah tempatan untuk memahami cara hidup penduduk di situ dan taraf hidup mereka. Kebanyakkan penduduk tempatan merupakan petani yang menanam jagung untuk dijual dan juga untuk kegunaan sendiri. Kebanyakkan penduduk di situ hanya mendapat purata USD$4 dolar sebulan, jauh di bawah garis kemiskinan.
 
STC 2922.CR2.p

Mengajar kanak-kanak di komuniti Phi Nu membasuh tangan dengan betul


 
Setelah itu, mereka meneruskan lawatan ke tadika Phi Nhu. Tadika tersebut terletak di kawasan-kawasan terpencil di mana mandi boleh menjadi acara tahunan bagi penduduk tempatan di situ. Menjaga kebersihan antara faktor penting yang sentiasa perlu di ambil pehatian. Debbie bersama-sama selebriti lain mengajar kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan dia juga menghabiskan masa bersama kanak-kanak tersebut dalam aktivit mewarna dan membuat lipatan kapal tebang kertas. Dia turut bermain dengan kapal terbang kertas bersama mereka kanak-kanak diĀ  perkarangan sekolah tadika tersebut.
 
STC 2776.CR2.p

Bermain kapal terbang kertas di tadika Phi Nu

 

See also
Sepetang Nan Eksklusif Bersama Stuart Weitzman Di Pavilion