Datuk Sheila Majid Tiga Dekad & Tiada Tandingan

Datuk Sheila Majid Tiga Dekad & Tiada Tandingan

2015 GENAPLAH ULANG TAHUN KE-30 KERJAYA MUZIK INSAN SENI YANG BERNAMA SHEILA MAJID. DALAM ERTI KATA LAIN, HAMPIR TIGA DEKAD LAGU-LAGUNYA MENJADI HALWA TELINGA RAKYAT MALAYSIA.
SESUNGGUHNYA RAMAI DIANTARA KITA YANG MEMBESAR MENDENGAR LAGU-LAGUNYA. SINARAN, ANTARA ANYER DAN JAKARTA, AKU CINTA PADAMU ANTARA LAGU-LAGU YANG MASIH MENJADI ALL-TIME FAVORITE SAYA SEHINGGA KE HARI INI DAN SAYA PASTI SETIAP SEORANG DARIPADA KITA MEMPUNYAI LAGU KEGEMARAN MASING-MASING YANG MENGUNGKAP MEMORI TERSENDIRI.

 

sheila-story-1

 

Malah banyak lagi lagu hit Sheila Majid yang evergreen, tetap sedap didengar walau zaman jauh beredar. Dan setiap kali juga Ratu R&B ini membuat persembahan, gelanggang yang hambar pasti akan bertukar ‘hidup’ kerana setiap lenggok irama yang dibawanya cukup mengasyikkan. Walau sudah beberapa kali menemu ramah Sheila, saya tetap berasa bertuah setiap kali mendapat peluang.

 

Tidak salah kiranya saya menggelarkan Sheila sebagai living legend kerana hingga ke hari ini, tiada siapa lagi yang mampu menandingi kehebatannya. Dalam senyap, Datuk Sheila Majid sedang mengumpul lagu untuk album barunya. Album terakhirnya pada 2007 berjudul Cinta Kita dan Sheila mengharapkan album terbarunya dapat dilancarkan akhir tahun ini. Empunya badan sendiri turut sukar mempercayai yang sudah sebegitu lama dia memperhambakan diri dalam arena seni muzik tanahair. Pernah terlintas dalam kotak fikirannya mahu berehat, namun darah seni yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan dia berfikir dua kali.

See also
Remaja Paling Berpengaruh Di Dunia Untuk Tahun 2017

 

sheila-story

 

Katanya, mungkin suatu hari nanti dia akan mengurangkan aktiviti seninya tetapi tidak mungkin dia akan melupakan terus dunia nyanyian yang sudah menjadi makanan jiwanya. Tidak cukup di tanahair sendiri, nama Sheila turut terpahat kukuh di hati para peminatnya di Indonesia sejak sekian lama. “It has been 30 years… can you believe it? Saya bersyukur di atas rezeki ini. Being able to do things that I like for a very long time…

 

DARAH SENI Datuk Sheila Majid dan cintanya kepada seni muzik jelas memberi tempias kepada anakanaknya, apatah lagi suaminya, Hashridz Murshim Hassim atau Acis, juga pemuzik bertauliah yang menerima ijazah dari Berklee College of Music di Boston. Bersama Acis, Sheila dikurniakan dua cahaya mata – Khadeja Zaireen Murshim, 10, dan Khalefa Laila Murshim, 7. Manakala dua lagi anaknya dari perkahwinan pertama, jelas mengikut jejak langkahnya apabila mulai menceburi bidang sama.

 

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Megat Abdul Majid Aziz, 20, kini menuntut di Full Sail University di Orlando, Florida. “Bidangnya adalah Degree in Recording Arts. Jadi lebih banyak mempelajari teknikal untuk studio, produksi, fi lem dan banyak lagi. Ramai dari tenaga pengajar datang dari penggiat Hollywood sendiri yang meraih Oscar dan Grammy. Bila saya ke sana melawatnya, melihatkan kelas dan setnya, saya sendiri rasa macam nak kembali belajar!” Anak sulung Sheila pula, Wan Nur Khaleda atau Kayda, 23, mulai menunjukkan minatnya dalam dunia nyanyian.

See also
Puteri Sofia Tekad Perangi COVID-19 Dengan Menjadi Sukarelawan

 

Tidak seperti si ibu yang popular mengungguli lapangan irama R&B dan pop, Kayda menaruh harapan tinggi untuk dikenali dalam arena muzik hip hop. Walau masih menuntut dalam bidang psikologi di Universiti Help, Sheila akur dengan kehendak anaknya untuk mulai aktif menyanyi memandang ini adalah tahun terakhir pembelajarannya. “Asalkan habis belajar, saya okey. She enjoys the music and I think that is her passion. Rasanya bagus juga kerana sekarang dia lebih berdisiplin dalam mengimbangi antara dua tanggungjawab – belajar dan menyanyi.”