Datin Ezurin Yaacob

Datin Ezurin Yaacob

Datin Ezurin Yaacob2edit

Dek kerana kerap berada di luar negara, rancangan GLAM mahu merakam wajah Datin Ezurin untuk muka depan asyik tertunda. Jetsetter ini senantiasa bersedia dengan bagasi serta entouragenya, mengembara dunia. Sekejap dia di London menguruskan persekolahan anaknya, kemudian ke Hong Kong untuk parti teman baiknya. Tiba-tiba ada di Paris untuk minggu fesyen atau paling tidak sekadar bermalas-malas di vilanya di Bali. An international socialite, itulah yang selayaknya menjadi gelaran. Oh, what a life!
 
Datin Ezurin Yaacob, pernah sekali menghiasi cover GLAM pada Jun 2008 dan isu tersebut terus menjadi the talk of the town. Mana tidaknya… semua mahu mengintai kehidupan sehari-hari Datin jelita ini. She’s an international socialite. Gaya hidupnya menjadi idaman.
 
Fashion Goddess
“I love Stella (McCartney)! Sudah lebih 10 tahun menjadi pelanggan setia dan dia tidak pernah mengecewakan. I was told brocade is going to be huge next year. Stella sendiri yang sarankan, jadi banyak juga helaian brokednya yang saya miliki sekarang.” Obsesnya pada rekaan pereka British itu cukup ketara kerana setiap kali beralih musim, Ezurin pasti akan dilihat menyarung helaian terbaru Stella McCartney.
 

See also
Pembukaan Semula Butik Coach Di KLCC

[soliloquy id=”2737″]

 
Supermom!
Jadual isteri kepada Datuk Tunku Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah sentiasa padat dengan jemputan sosial. Sebagai ibu kepada empat putera dan seorang puteri, Datin Ezurin tetap memberi tumpuan penuh pada rumahtangga. Pendidikan anak-anak menjadi agenda utama, sanggup berulang-alik antara Kuala Lumpur dan London semata-mata mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam akademik.
 
“Saya mungkin dilihat sibuk ke sana-sini tetapi keluarga adalah nombor satu dan kepentingan mereka melangkaui segalanya,” kata Ezurin yang kini khabarnya sedang belayar bersama suami dan anak-anak menaiki yacht peribadi ke Koh Lipe, Thailand. Oh, bertuahnya badan!
 
 
Dipetik dari GLAM Januari 2013