Gaya anggun dengan siluet potongan klasik jadi pilihan pengasas gedung talian fesyen mewah Moda Operandi, Lauren Santo Domingo. Citarasa mewah wanita ini turut menjadikannya sebagai muse label fesyen seperti Proenza Schouler dan Nina Ricci. Berbicara mengenai stail peribadinya bersama The Zoe Report, “Saya cenderung ke rekaan klasik, jaket kashmir tebal, a well-tailored blazer, and a pleated skirt”.
Bersama Bianca Brandolini D’adda & Coco Brandolini di Met Gala 2015.
Ketika menghadiri pentas musim luruh/sejuk 2015 Delpozo.
Di majlis makan malam Chanel.
Ketika menghadiri pentas Valentino Haute Couture.
Di majlis The Society of Memorial Sloan-Kettering tahun lalu.
Ketika menghadiri The Museum of Modern Art Film Benefit pada tahun 2013.