Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta - Page 9 of 17

Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta

Kucing peliharaan, teman setia, dan pasangan Karl Lagerfeld dalam hidup, Choupette, dliaporkan bakal bergelar kucing terkaya di dunia dengan harta yang bakal diwarisinya.

Sambil dunia fesyen berkabung atas pemergian legenda fesyen ikon, Karl Lagerfeld, kucing kesayangannya yang Choupette kini dikatakan bakal mewarisi kekayaan peninggalan Lagerfeld berjumlah £150 juta bersama anak pembaptisannya, Hudson Kroenig.

 

Lagerfeld menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di sebuah hospital di Paris semalam (19 Februari 2019), meninggalkan pentas fesyen dunia yang menyelamatkan Chanel dan menghabiskan tiga dekad sebagai seorang pengarah kreatif jenama fesyen gergasi itu.

9 of 17
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Jika dia sedang tidur sekalipun, dia tidak mahu keseorangan. Dia seakan chic lady, seperti seorang perempuan dengan pembantu peribadi,” kata Lagerfeld.

“Mereka perlu bermain dengannya, menjaga kot bulu putihnya yang seakan sutera itu, rawatan kecantikan untuk matanya, dan menghiburkannya. She is the center of the world. Jika anda melihatnya, anda akan faham.”