Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta - Page 6 of 17

Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta

Kucing peliharaan, teman setia, dan pasangan Karl Lagerfeld dalam hidup, Choupette, dliaporkan bakal bergelar kucing terkaya di dunia dengan harta yang bakal diwarisinya.

Sambil dunia fesyen berkabung atas pemergian legenda fesyen ikon, Karl Lagerfeld, kucing kesayangannya yang Choupette kini dikatakan bakal mewarisi kekayaan peninggalan Lagerfeld berjumlah £150 juta bersama anak pembaptisannya, Hudson Kroenig.

 

Lagerfeld menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di sebuah hospital di Paris semalam (19 Februari 2019), meninggalkan pentas fesyen dunia yang menyelamatkan Chanel dan menghabiskan tiga dekad sebagai seorang pengarah kreatif jenama fesyen gergasi itu.

6 of 17
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kucing tersebut dilihat telah digunakan untuk beberapa kempen pengiklanan, termasuklah kereta Opel dan beberapa rangkaian jenama solekan. Koleksi penuh itu dinamakan Choupette in Love dilancarkan demi memberi penghormatan buat kucing itu dan ada satu rangkaian produk Chanel yang diinspirasikan menerusi mata kucing tersebut.