Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta - Page 14 of 17

Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta

Kucing peliharaan, teman setia, dan pasangan Karl Lagerfeld dalam hidup, Choupette, dliaporkan bakal bergelar kucing terkaya di dunia dengan harta yang bakal diwarisinya.

Sambil dunia fesyen berkabung atas pemergian legenda fesyen ikon, Karl Lagerfeld, kucing kesayangannya yang Choupette kini dikatakan bakal mewarisi kekayaan peninggalan Lagerfeld berjumlah £150 juta bersama anak pembaptisannya, Hudson Kroenig.

 

Lagerfeld menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di sebuah hospital di Paris semalam (19 Februari 2019), meninggalkan pentas fesyen dunia yang menyelamatkan Chanel dan menghabiskan tiga dekad sebagai seorang pengarah kreatif jenama fesyen gergasi itu.

14 of 17
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kekayaan Choupette yang lain adalah kamar suite miliknya sendiri dengan sistem audio, menjelajah dengan jet peribadi, dan makan di atas meja bersama Lagerfeld dari hidangan kristal Goyard.