Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta - Page 12 of 17

Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta

Kucing peliharaan, teman setia, dan pasangan Karl Lagerfeld dalam hidup, Choupette, dliaporkan bakal bergelar kucing terkaya di dunia dengan harta yang bakal diwarisinya.

Sambil dunia fesyen berkabung atas pemergian legenda fesyen ikon, Karl Lagerfeld, kucing kesayangannya yang Choupette kini dikatakan bakal mewarisi kekayaan peninggalan Lagerfeld berjumlah £150 juta bersama anak pembaptisannya, Hudson Kroenig.

 

Lagerfeld menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di sebuah hospital di Paris semalam (19 Februari 2019), meninggalkan pentas fesyen dunia yang menyelamatkan Chanel dan menghabiskan tiga dekad sebagai seorang pengarah kreatif jenama fesyen gergasi itu.

12 of 17
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tetapi Choupette bukanlah seekor kucing yang hanya untuk dipelihara, dia berjaya mengaut lebih dari £2.3juta dalam masa setahun selepas muncul di dalam dua buah kempen iklan, satu adalah untuk Shu Uemura dan satu lagi merupakan untuk jenama kereta Jerman, Vauxhall.