Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta

Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta

Kucing peliharaan, teman setia, dan pasangan Karl Lagerfeld dalam hidup, Choupette, dliaporkan bakal bergelar kucing terkaya di dunia dengan harta yang bakal diwarisinya.

Sambil dunia fesyen berkabung atas pemergian legenda fesyen ikon, Karl Lagerfeld, kucing kesayangannya yang Choupette kini dikatakan bakal mewarisi kekayaan peninggalan Lagerfeld berjumlah £150 juta bersama anak pembaptisannya, Hudson Kroenig.

 

Lagerfeld menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di sebuah hospital di Paris semalam (19 Februari 2019), meninggalkan pentas fesyen dunia yang menyelamatkan Chanel dan menghabiskan tiga dekad sebagai seorang pengarah kreatif jenama fesyen gergasi itu.

1 of 17
Use your ← → (arrow) keys to browse

Salah satu peneman paling setia dalam kehidupan pereka fesyen itu adalah kucing berbaka Birman, Choupette, yang mana dia gelar sebagai “one true love” dan Lagerfeld sendiri pernah mengatakan yang dia ingin berkahwin dengannya jika hal itu sah di sisi undang-undang, di mana seekor kucing yang dihujani dengan kehidupan yang mewah serta mempunyai kekayaannya sendiri lebih dari £2.5 juta.

See also
Selebriti Muda Paling Popular Di Dunia