Bual Bicara Rambut Bersama Bernie Chan

Bual Bicara Rambut Bersama Bernie Chan

BernieChan Gambar: Arkib GLAM

 
Dia antara ikon potongan rambut pendek di tanah air. Bernie Chan membias gaya konfiden dan chic dengan potongan rambut pixie cukup bersahaja. Menurutnya, “Short hair is me!”
 
Sudah berapa lama anda tampil dengan imej berambut pendek?
Ianya memang sentiasa menjadi imej saya. Saya pernah berambut panjang tetapi mengaggap bahawa potongan pendek lebih sesuai dan kena dengan jiwa saya.
 
Perbezaan dengan ketika berambut panjang?
Rambut saya kerinting apabila panjang oleh itu penjagaan agak sukar. Sebelum ini saya akan membiarkan ia panjang sehingga paras bahu, namun oleh kerana tidak betah terus saya memotongnya.
 
Bagaimana anda mengekalkan potongan pixie?
Ianya seakan ketagihan apabila berambut pendek. Saya akan memotongnya setiap tiga minggu sekali.
 
Pandangan anda tentang trend rona rambut terang?
Saya takut akannya! Saya pernah mewarnakan rambut dengan rona merah suatu ketika dahulu. Kemudian saya mencuba pula blonde tetapi keesokannya terus saya mewarnakan hitam kembali kerana perasaan tidak selesa.
 
Adakah anda akan cuba mewarnakan rambut selepas ini?
Mungkin kembali mewarnakan merah suatu hari nanti tetapi oh perasaan takut masih wujud! Mungkin saya akan mencuba highlight.
 
Bagaimana anda mengekalkan kesihatan rambut?
Saya menggunakan penyembur scalp treatment kerana kulit kepala yang sangat kering. Selain itu tiada rawatan lain dilakukan kerana penjagaan rambut pendek amatlah mudah dan menyenangkan.
 
Pilihan salon?
Semestinya Shawn Cutler.
 

See also
Kenali Watak-Watak Jejaka Tampan Crazy Rich Asians

2004_10aBernie di muka hadapan GLAM edisi Oktober 2004.

 

BernieChan2Bernie dan Ella dalam sisipan GLAM Oktober 2004.