Bella Hadid Enggan Menjadi Hamba Kepada Media Sosial
Dengan bilangan pengikut seramai 15.2 juta dan sering mendapat perhatian melalui foto-foto dan video yang dikongsikan di Instagramnya, Bella Hadid bukanlah peminat tegar media sosial.
Foto Instagram/bellahadid
Sebelum ini Bella pernah menyatakan dia lebih suka meluangkan masa di rumah tanpa melakukan apa-apa namun itu bukanlah penghalangnya untuk memberikan 100% komitment tatkala dia menajalankan tugas peragawatinya.
Melalui satu temubual bersama W sedang dia meluangkan masanya untuk kerja di Korea Selatan, Bella mengaku yang dia lebih rela meluangkan masanya di rumah.
Apabila ditanya adakah dia merasakan dirinya sebagai seorang yang ketagih media sosial, jawab model 21 tahun itu:
Saya lebih suka tidak menggunakan media sosial. Terutamanya sejak kebelakangan ini; ia membuatkan saya merasa gila. Apabila saya menjauhkan diri daripada media sosial untuk beberapa hari, saya merasa gembira. Malah baru-baru ini saya mengambil iktibar, seperti tiba-tiba, untuk tidak melihat telefon saya apabila saya bangun dari tdur. Saya rasa itulah sebab kenapa pagi kita kadang-kadang boleh menjadi buruk. Siapa sahaja mahu menggunakan telefon mereka pada jam 7 pagi untuk melihat perkara-perkara negatif tentant diri mereka?
“Ia sukar. Semua orang melaluinya. Ia sangat sukar apabila ada sahaja mata yang memerhati anda pada setiap masa. Itu jugalah sebab utama kenapa saya cuba untuk tidak memebri perhatian. Kerana saya yang bayar bil saya sendiri, bukan?”
Ada benarnnya kata-kata gadis muda ini. Di dalam era di mana hampir setiap individu memiliki telefon pintar dan secara tidak langsung menjadi taksub kepada dunia media sosial, membuatkan kita obses dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal kadang-kalanya?
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menjadi lebih bijak dan bertanggungjawab dengan cara kita mengguna media sosial dan membawa perubahan bukan sahaja kepada diri kita dan juga masyarkat sejagat.