Arabyrd

Arabyrd

Arabyrd
 
Oleh: Zuhairie Sahrom
Arahan Seni: Suzie Adnan
Gambar: Eric Chow/Blink Studio
 
Hampir dua tahun menyepi. Ramai yang bertanya, “Mana perginya Arabyrd?” Now she’s back and is never fails to epitomise the ghetto vibe! Tampil lebih matang dan segar, terlihat jelas dalam muzik yang diperjuangkan olehnya. Matlamatnya hanya satu, mahu menghasilkan muzik yang memberi kesan elemen yang unik.
 
Usai sahaja sesi fotografi, langsung saya menemu bualnya dan orangnya sungguh positif. Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rapper yang lain, dia berhak diberi penghormatan kerana pernah diundang untuk membuat persembahan di pentas-pentas besar seperti Gilles Peterson World Wide Festival di Kota Singa dan Selatan Perancis serta persembahan pembukaan untuk kumpulan Beastie Boys dan Jurassic 5 di Good Vibrations. “It’s a great honour, thank you.” jawabnya penuh merendah diri.
 
BACK FROM HIATUS
Dia adalah Arabyrd atau nama sebenarnya Arafah Edruce, gadis rapper serta pejuang irama Hip-Hop tanah air. Sungguh bertenanga dan bebas berimaginatif di dalam mengekspresikan diri menerusi muziknya. Pertemuan kali pertama bersama Arabyrd tidak mungkin dapat dilupakan. Dia hadir sungguh bersahaja, sekadar memakai crop top hitam yang dipadankan bersama kemeja genggang merah berserta seluar pendek melewati peha dan memilih untuk membimbit luggage tote dari Céline lantas membangkitkan aura dan pesonanya yang tersendiri.
 
Sudah sepuluh tahun di dalam industri hiburan tanah air, Arabyrd tampil menghela nafas baru. Ibu bapa sebagai pendorong dan idola kerana mula mengenali seni muzik dengan memahami rentak muzik dari kedua ibu bapanya. “Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah mula menulis lirik dan rap.” Kini usia telah mencecah 28 tahun, dia seorang yang berani, tidak gentar dalam memberi pendapat dan berterus-terang. “Melalui melodi, saya berevolusi dan melalui lirik pula saya mengekspresikan diri.”
 
Adakalanya dia seringkali dibandingkan dengan M.I.A kerana kecenderungannya terhadap rentak muzik futuristik yang rancak. Baginya muzik yang dia cuba sampaikan adalah seperti burung yang bebas berterbangan. “Muzik saya adalah simbol saya. Dia adalah Arabyrd dan Arabyrd hanya satu.” “The way I think is different. Cara saya berfikir yang menjadikan diri saya adalah saya.” Tambahnya lagi.
 
Aura Arabyrd sememangnya bertenaga. Tatkala lagu terbaru Beyonce berkumandang setiap gambar yang terakam nampak hidup dengan mimik muka dan signature moves yang lincah dan ligat. Ternyata jiwa dan pesonanya cenderung terhadap muzik futuristik dan progresif yang rancak. Gadis kenit kelahiran Bumi Kenyalang ini mengangkat Kanye West sebagai sumber inspirasi. “Why would I idolize any female rapper instead they’re my competitors, I’m a female rapper and they’re too.” Tambahnya lagi, dia mencipta muzik bagi mereka yang mahu mendengar dan tahu begaimana untuk menghargainya. “Begitulah saya mencipta sesebuah karya.” Jelasnya.
 
Arabyrd2
 
BERFESYEN MELALUI KARAKTER
Gayanya di dalam memilih helaian pakaian dan memadankannya jelas menyerlahkan gaya serta kreativitinya yang tersendiri dan unik. Selain rapping dia juga dikenali sebagai fashion people yang seringkali mengambil risiko dalam menggayakan rekaan-rekaan edgy dan esentrik. Dia tahu menilai sesebuah rekaan dan gerobok pakaiannya dipenuhi dengan gantungan pakaian daripada jenama-jenama streetwear tanah air hingga ke jenama mewah antarabangsa. “I’m not much of a shopper and I didn’t shop that often. Rather than shopping for something new, I’m good at creating a new look. Saya berfesyen mengikut karakter dan perasaan saya ketika itu. Karakter itu penting untuk memastikan saya selesa dengan diri sendiri. Because I wear the clothes, the clothes don’t wear me.” Ujarnya yakin.
 
Teruja saya sendirian melihat gaya lincah femcee Arabyrd yang dikongsikan di laman Instagram miliknya. Penampilan dan gayanya di dalam memilih helaian pakaian sungguh moden dan edgy ibarat rentak lagunya yang rancak dengan idea-idea eksentrik. Sukar untuk saya mengungkap perasaan yang terbit, walaupun pada mulanya sedikit gementar kerana dia adalah obsesi terbaru saya, sangat mengujakan!
 
Hidup ibarat sebuah perjalanan. Penuh dengan misteri dan pengalaman. Liku-liku hidup terhitung sejak dari mula dan adakalanya jalan ditempuh, luntur tanpa haluan. “Tuah mahupun rezeki tidak datang berguling. Ia perlu disertakan dengan usaha dan semangat. Arabyrd bukan hanya sekadar stage name, dia adalah karakter dan alter ego saya! Saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari dan menjadi lebih matang dalam mencipta karya.” Itulah bait-bait bicara yang berdasarkan pengalaman dari gadis genit ini.
 
Bagi interpretasi Arabyrd dalam memilih gaya dan penampilan, “Be comfortable with who you are and what you have because once you do that, you get to make your own fashion rules.” Dia meminati helaian pakaian dari Alexander Wang dan juga mengemari jenama antarabangsa seperti Balmain yang terkenal dengan helaian pakaian mewah yang sofistikated lantas menyemarakkan lagi persona anggun. Saya gembira bertemu Arabyrd dan walau tidak sampai setengah jam perbualan kami, saya dapat merasai apa yang dia cuba sampaikan. Sambil mengukirkan senyuman dia berlalu dengan melangkah yakin meredah kehidupan serta dunia hiburan tanah air.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Mac 2014
 
 

See also
Minggu Fesyen Milan: REAL FASHION FOR REAL WOMEN