Bertemakan Electric Dreams, acara tahunan yang dibawakan The Melium Group dan Malaysia International Gourmet Festival (MIGF) berlangsung penuh meriah. Tahun ini acara Style Rocks! mengambil lokasi paling hangat di Kuala Lumpur, Ruyi & Lyn. Menghimpunkan para sosialit, selebriti, dan kelompok fesyen tempatan, sepuluh tetamu dinobatkan Best Dressed lalu membawa pulang baucar beli-belah Melium bernilai RM5,000.