Pelancaran Koleksi Musim Bunga/Panas 2016 CH Carolina Herrera
Acara penuh eksklusif dari CH Carolina Herrera yang mempamerkan koleksi premier Baret Bag sekaligus melancarkan koleksi musim bunga/panas 2016. Bertempat di Suria KLCC, pelakon dan ikon fesyen, Fazura Sharifuddin berkongsi cita rasa peribadinya untuk koleksi premier ini. Peminat Fazura boleh ke butik untuk melihat sendiri pilihan item kesukaan Fazura untuk koleksi musim bunga/panas 2016 CH Carolina Herrera.