Use your ← → (arrow) keys to browse
Sudah berlangsungnya acara tahunan GLAM Malaysia yakni Most GLAM 2017 di Hotel St. Regis malam tadi dan lebih kurang 200 orang tetamu telah hadir untuk bersama-sama meraikan 11 wanita Most GLAM tahun ini. Sambil mereka bercanda dan berlaga bahu, turut disediakan adalah kawasan-kawasan untuk mereka berfoto sambil menikmati minuman ringan yang disediakan sebelum mereka berangkat masuk ke dalam ballroom untuk disajikan dengan hidangan empat peringkat yang enak. Selain foto-foto rasmi daripada GLAM sendiri, untuk menunjukkan suasana yang lebih tulen kami berkongsikan foto-foto yang diambil oleh para hadirin, atau kini dikenali sebagai GLAM Societé, melalui lensa telefon pintar mereka sendiri dan dikongsikan melalui tanda pagar #MostGLAM2017. Klik seterusnya untuk ikuti kami dalam kembara foto ini.