Marion Caunter, Scha Alyahya, Sarah Lian And More Meraikan Pembukaan Dior Homme
Serahkan kepada Dior untuk memberikan parti fesyen yang dipenuhi dengan nama-nama besar di Kuala Lumpur! Malam semalam Marion Caunter, Sarah Lian, Scha Alyahya, Nazim Othman, Jojo Goh dah ramai lagi selebriti tempatan menghadirkan diri dalam persalinan Dior dan Dior Homme untuk meraikan majlis pembukaan rasmi butik Dior Homme yang pertama di Malaysia! Bagaikan satu pesta fesyen yang tersendiri, ramai yang hadir membawa beg Lady Dior, Diorama dan tidak kurang yang kalah gaya dengan menjinjit beg Diorever yang baru sahaja dilancarkan di butik! Usai sahaja majlis pembukaan berakhir, tetamu semua dijemput ke Apex untuk acara after-party. Sempat seorang socialite kota ini berkongsi yang parti Dior Homme ini tidak pretentious!