GLAM Heart: Program Ramah Mesra Bersama Kanak-Kanak di Hospital - Glam Malaysia

GLAM Heart: Program Ramah Mesra Bersama Kanak-Kanak di Hospital

Menatap senyuman penuh gembira kanak-kanak di hospital Selayang, membuah rasa gembira kami yang berkunjung.

 

GLAM made a comeback dengan acara GLAM Heart tahun ini bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami memilih untuk membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik. Projek ini turut dijayakan bersama Jaeger-LeCoultre (JLCCares) dan juga Hospital Selayang yang sudi membantu merealisasikan niat murni kami ini.

 

GLAM turut menjemput YM puteri-puteri kerabat diraja Pahang yang terdiri daripada YM Datuk Tunku Kaiyisah, YM Puteri Munawarah Syamiyyah, YM Puteri Noor Afzan, YM Tengku Iman, YM Puteri Suraiya, dan YM Puteri Amida Afsha  untuk menjadi muka utama projek GLAM Heart dengan membuat penampilan istimewa sesi bersua muka bersama kanak-kanak di Wad Pediatrik 8B, Hospital Selayang.

 

Selain itu mereka juga turut menyumbang hadiah dalam bentuk permainan yang dipilih oleh puteri-puteri ini sendiri menjelang lawatan tempoh hari.

 

Kami mengharapkan dengan usaha dan bantuan kami ini berupaya untuk menceriakan kanak-kanak seluruh wad. Kerana senyuman yang dipamerkan mereka sewaktu lawatan kami pada 24 Julai 2017 membuatkan hati kami tenang dan memberi tenaga kepada kami untuk terus berjuang untuk hidup kami sendiri.

See also
GLAM Life: Lyn

 

Lanjutan acara, kami bakal membuat bidaan jam tangan Jaeger-LeCoultre di majlis minum teh kelak. Kutipan bidaan akan disumbangkan bagi mereka yang memerlukan.

1 of 24
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ketibaan YM puteri-puteri kerabat di raja Pahang. Dari kiri: Tengku Iman, Puteri Suraiya, Tengku Kaiyisah, Puteri Muna, Puteri Amida dan Puteri Noor Afzan.