Front Row Di Pentas Khoon Hooi Musim Bunga/Panas 2016
Cukup gah dipertontonkan, koleksi musim bunga/panas 2016 dari Khoon Hooi kali ini berat dengan perincian umpamanya bulu Ostrich dan manik kristal dengan sentuhan futuristik. Mengambil tempat di APW, Kuala Lumpur, majlis dibanjiri dengan sosialit dan fashionista kota.