Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebagai tanda penghargaannya kepada teman-teman Melium Group seperti rakan perniagaan, klien, dan rakan-rakan media, Presiden dan Pengasas The Melium Group Datuk Sri Dr. Farah Khan telah menjamu mereka di restoran Mama San Kuala Lumpur sempena bulan Ramadan ini.
Terkenal dengan hidangan Asia Tenggara, para jemputan dihidangkan dengan pelbagai hidangan signatur seperti “Mama San Fish Curry with Okra, Tomato & Tamarind” dan “Slow Braised Beef Rendang Simmered in Indonesian Spices and Coconut Milk.”
“Acara ini merupakan cara kami berterima kasih kepada mereka yang telah menyokong kami selama ini. Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa kerana ia mengalakkan kita untuk menyedari dan bersyukur dan mengacarakan acara Buka Puasa ini melambangkan nilai yang kami pegang di The Melium Group,” ujar Datuk Sri Dr. Farah Khan pada malam tersebut. Klik seterusnya untuk melihat tetamu-tetamu istimewa pada malam itu.