Kaia Jordan Gerber mungkin nama yang agak asing di kalangan umum, namun sebut sahaja nama ibunya Cindy Crawford, siapa tidak kenal dengan supermodel hebat ini.
Gambar: TPGVIP
Dilahirkan pada tahun 2001, Kaia yang kini berusia 13 tahun mewarisi wajah jelita ibunya. Walau masih remaja, kecantikannya menarik perhatian sehingga disunting menjadi wajah Young Versace pada tahun 2012. Dalam suatu temubual, Cindy Crawford mengakui apabila melihat kaki anak gadisnya itu, ternyata dia memiliki kaki Cindy semasa muda. “Saya beritahu dia untuk kembalikan kaki saya”, ujarnya.