Aktres kelahiran Sweden, Alicia Vikander yang mula dikenali menerusi filem Anna Karenina disunting sebagai wajah baru Louis Vuitton.
Berita itu diakui sendiri aktres tersebut sewaktu ditemui di pentas Louis Vuitton cruise 2016 bertempat di Palm Springs. Menurut Alicia, “Ianya masih belum diumumkan, tetapi ya.” Label itu turut mengesahkan kesahihan khabar itu kepada THR.
Pelakon berusia 26 tahun itu mendapat pujian hebat menerusi lakonannya sebagai ‘manusia robot’ menerusi filem Ex Machina. Kini dia digelar sebagai it girl of the moment dan bakal mengikut jejak aktres Michelle Williams dan Jennifer Connelly sebagai wajah Louis Vuitton.