Adik Kate Moss Debut Runway Di Minggu Fesyen Paris

Adik Kate Moss Debut Runway Di Minggu Fesyen Paris

LottieMossGambar: Eonline

 
Pentas musim luruh/sejuk 2015 Sonia Rykiel menjadi debut catwalk Lottie Moss yang juga adik tiri kepada supermodel Kate Moss.
 
Ini merupakan kemunculan kali pertamanya di pentas peragaan setelah membintangi kempen Calvin Klein untuk Mytheresa.com tahun lalu. Hanya berusia 17 tahun, dia pernah menyatakan bahawa Kate merupakan pengaruh utamanya untuk menceburi bidang peragawan.
 
Seperti kakaknya, dia juga bernaung di bawah agensi Storm Model Management. Dengan ketinggian 5 kaki 5 inci, dia adalah peragawati paling rendah di agensi itu. Nama Lottie dijangka hangat dan bakal menggegarkan industri modelling seperti Gigi Hadid dan Kendall Jenner.