ABBY ASMAA - Glam Malaysia

ABBY ASMAA

Kelibatnya mula kami perhatikan lewat akaun instagram buat beberapa jenama lokal saat dia memuat naik gambar pada garis masa akaunnya. Antara yang memikat pandangan saya tatkala dia diterbangkan oleh sebuah jenama beli belah dalam talian ke Pulau Pinang. Lantas ketika namanya dicadangkan untuk penggambaan ini saya terus bersetuju dengan pilihan yang diberi.

Pagi itu dia merupakan individu kedua  hadir. Berwajah polos tanpa solekan, kecantikan semulajadinya jelas memancar. “Saya sudah sediakan jawapan  yang saya tulis sendiri dengan tangan tetapi saya risau anda tidak dapat membacanya dengan baik,” Ujar Abby membuka bicara  diikuti tawa kecil. Melangkah masuk ke set penggambaraan dia yang sememangnya sudah arif hanya memerlukan beberapa bidikan untuk menyempurnakan penggambaran ternyata pantas dia menyudahkan kerjanya.

Kerjaya yang bermula seawal usia 19 tahun lewat akaun  instagram kini diceburi dengan semakin serius. Muat naik yang kebanyakkanya menampilkan gaya OOTD memberi peluang kepada jenama yang mencari muka-muka baharu untuk diketengahkan sebagai model dijadikan peluang untuk diceburi sebagai kerjaya. “Media sosial mampu memberikan impak yang besar kerana ia memainkan peranan yang penting buat perkembangan kerjaya saya kini.

See also
Menyingkap Kisah Romantik: Kim Raymond & Keith Foo dan Didi Dayang & Didi Dayang dan Tengku Bakar

Namun kita perlu bijak menggunakan media sosial  kerana ia semestinya mempunyai impak negatif jika tidak berjaga-jaga. Saya bertuah kerana perjalanan karier ini banyak disokong oleh kedua ibu bapa. Mereka sering memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Perkara  utama pada saya dalam dunia kerjaya adalah mendapat restu kedua ibu bapa. Tidak lupa juga kepada sokongan yang saya terima daripada teman-teman juga insan tersayang. Mereka selalu ada di sisi saat saya memerlukan bantuan dan sokongan. Dalam apa jua keadaan mereka sering meluangkan sedikit masa untuk saya.”

PENYELARAS & PENATA GAYA : YANA BAHARUDIN  TEKS & PEMBANTU PENYELARAS : SHAHRIL HADI HALIM  ARAHAN SENI : MAHIRAH NADZLIM GAMBAR : KEENKY YONG SOLEKAN : SYED FAIZAL SYED NOH & TIAR ZAINAL DANDANAN : FENDI SANI & AYANG KAMELL RIASAN KUKU : NAILS AND CLAWS

Dipetik daripada GLAM Isu MAC 2019.