Oleh ZUHAIRIE SAHROM Gambar COSMOPOLITAN SEPT 2014, VINCENT, VERVE STUDIO. HARPER’S BAZAAR FEB 2015, SOON LAU, SHOW UP PICTURES
Orangnya petit, punya wajah eksotik dan kulit mulus hasil campuran bangsa. Wanita muda berusia 29 tahun ini adalah ahli usahawan dan fashion enthusiast tegar! Penuntut jurusan fesyen dan isteri pelakon lelaki popular, Keith Foo ini sedang sibuk merencana masa depan dengan bergiat aktif di dalam bidang keusahawanan. Mengusahakan dua buah restoran, Mezza9 di Empire Damansara dan terbaru 9 Bowls di Publika, stail Kim yang relaks dan nonchalant menyuntik karakter kepada aneka acara fesyen di sekitar Kuala Lumpur mahupun luar negara.