Dilahirkan di Malaysia dan kini menetap di London, pasangan kemabr Michelle dan Rachel Yeoh terjebak dalam dunia fesyen sejak kecil lagi di mana mereka sering mengikut ibu mereka menyaksikan pertunjukan adi busana eksklusif di Paris. Waris kepada YTL Corporation ini juga merupakan rakayt Malaysia pertama yang terlibat dengan majlis debutante Ratu Charlotte pada tahun 2015 (satu pencapaian mengagumkan untuk mereka yang bukan kerabat diraja).