3. Perasaan Kate Middleton Terhadap Teman Putera William
Dalam mana-mana hubungan sekalipun, hubungan antara pasangan kita dan rakan-rakan sekeliling juga harus diberi tumpuan. Jika mereka dapat bergaul mesra tanpa sebarang masalah, itu sudah menjadi satu petanda baik. Namun jika sebaliknya berlaku, punca masalah harus dicari dan diselesaikan.
Guy Pelly
Situasi kedua adalah situasi yang terpaksa dihadapi oleh Kate bersama teman rapat Putera William, Guy Pelly. Kate menganggap Guy sebagai seorang individu yang tidak matang dan berpotensi untuk membuat masalah. Guy dilaporkan pernah membekalkan Putera William dengan majalah-majalah tidak senonoh dan beberapa insiden di kelab malam juga membuat Kate menjadi tidak senang dengan hubungan mereka.