Meskipun suaminya merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia, Dasha Zhukova ternyata lebih menonjol. Jelitawan ini merupakan ketua editor majalah Garage, pereka fesyen serta usahawan yang mencintai seni sehinggakan dia bekerjasama dengan Rem Koolhaas, seorang arkitek untuk membina muzium seni moden di Moscow.