13 Selebriti Hollywood Yang Menghidap Penyakit Kronik

13 Selebriti Kesayangan Dunia Yang Bertarung Dengan Penyakit Kronik

12 of 14

Selena Gomez

Berita penyanyi dan pelakon Selena Gomez dilaporkan menghidap lupus mula tersebar pada tahun 2013 dan telah disahkan oleh keluarga Selena pada tahun berikutnya. Lupus juga merupakan satu penyakit autoimun yang menyebabkan tubuh badan pesakit menyerang tisu dan organ mereka sendiri. Lupus juga sering memberi kesan kepada sendi, kulit, buah pinggang, sel darah, otak, jantung, dan paru-paru.

 

September tahun ini juga Selena berkongsikan kepada peminat-peminatnya yang dia sudah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang akibat lupus. Tiada sebarang penyembuh buat lupus setakat ini hanya rawatan dan ubat.

 

“Saya sangat peka yang peminat-peminat saya mula menyedari saya tidak menonjolkan diri sangat sepanjang musim panas ini dan mempersoalkan kenapa saya tidak mempromosikan lagu baru saya yang saya sangat banggakan. Saya mendapat khabar bahawa saya perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang akibat penyakit lupus saya dan saya perlu memulihkan diri saya selepas itu. Saya sangat memerlukan waktu rehat ini untuk kesihatan saya.”

See also
Thanuja: "Usia Hubungan Saya Dan Seorang Jejaka Kini Mencecah Sembilan Tahun"