Menerima pengesahan dia menghidap Diabetes Jenis 1 pada usia 13 tahun bukanlah tanda penamat untuk Nick Jonas pada waktu itu walaupun dia merasa sangat takut dengan pendedahan tersebut.
Diabetes jenis ini hanya dihidapi oleh 10% sahaja daripada golongan yang mempunyai penyakit diabetes. Ia merupakan satu gangguan autoimun bukan kerana faktor gaya hidup tetapi kerana tubuh badan tidak berupaya menghasilkan hormon insulin.