Anakanda sulung Crown Prince Pavlosdan Crown Princess Marie-Chantal, Princess Maria-Olympia menjiwai konsep puteri alaf moden dengan gaya yang sentiasa segar dan minatnya kepada fesyen sehingga dia pernah menerima latihan di jabat adi busana Dior pada usia 17 tahun. Princess Maria-Olympia juga menerima pendidikan dalam sejarah seni, teater, forografi, dan rekaan grafik sewaktu bersekolah di Switzerland.