10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia - Page 8 of 10

10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia

Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac akan datang ini sudah mula membuatkan wanita serata dunia berkobar-kobar memastikan suara mereka didengari. Tanpa mengambil kira status, wanita-wanita ini enggan berdiam diri lagi.

 

GLAM senaraikan 10 wanita era moden yang tampil membantu menjadi suara buat golongan wanita yang tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Dari Duchess of Sussex hingga keĀ sports superstar Serena Williams, mereka ini membuka jalan untuk membantu mengubah status kehidupan wanita serata dunia.

8 of 10

Emily Weiss

Selama beberapa tahun, Emily Weiss dikenali sebagai pelatih industri NYC yang ‘over-achieving’ di ‘The Hills’. Tetapi kini anda pasti terkejut yang dia digelar bos. Weiss berjaya menukar blognya, Into The Gloss, kepada Glossier, salah satu jenama produk solekan paling hangat di kalangan generasi milenium, dengan beberapa produknya kini mencecah hampir 10,000 orang senarai menunggu.