10 Soalan Bersama Nana Al-Haleq - Glam Malaysia

10 Soalan Bersama Nana Al-Haleq

Nana Al-Haleq

Gambar: Arkib GLAM


 
Nana Al Haleq, 30, dikenali dengan kerjayanya sebagai fitness selebriti dan motivator kesihatan. Walaupun baru empat tahun mencebur diri dalam dunia fitness, melihat pada susuk tubuhnya Nana selayaknya dijadikan idola untuk gaya hidup yang sihat. Harapan Nana adalah untuk membantu rakyat Malaysia agar terhindar daripada penyakit kronik dan obesiti melalui pemahaman pemakanan.
 
1. Tiga perkara untuk jaga badan?

Ambil tahu isi kandungan makanan dengan membaca labelnya.Masak sendiri dan kurangkan makan luar.
 
2. Ikon fesyen?

Blake Lively.
 
3. Nasihat paling bernilai?

Mama selalu berpesan untuk selalu bersedekah.
 
4. Tips cantik?

Makan makanan segar dan berzat. Elak makan makanan yang diproses dan juga makanan segera kerana tiada nutrisi baik. Minum air sekurang-kurangnya tiga liter sehari, dan labur untuk produk penjagaan muka berkualiti yang berasaskan alam semulajadi.
 
5. Rutin senaman?

Enam kali seminggu, satu jam setengah setiap kali. Rutin saya terbahagi mengikut body part. Isnin dan Rabu untuk upper body. Selasa dan Khamis senaman kaki dan punggung. Jumaat dan Ahad saya beryoga serta melakukan senaman untuk abs dan lengan.
 
6. Apa yang orang ramai tidak tahu?

See also
Glam Profil: Yinn Ooi

Nasi basmathi 100 gram mengandungi 27 gram karbohidrat manakala 100 gram bihun pula mengandungi lebih kurang 70gram karbohidrat!
 
7. Apa yang kita sering tertipu dengan label makanan?

Kebanyakan iklan dan pengeluar makanan mengumpan kita dengan perkataan ‘rendah lemak’, ‘kurang lemak’, ‘tambahan vitamin’ dan sebangainya. Biasanya makanan rendah atau kurang lemak mengandungi jumlah gula yang tinggi.
 
8. Lokasi percutian?

I can’t pick one! I love Rome, Mykonos, Santorini and Maldives!
 
9. Jejaka Idaman?

I have a thing with short guys! I find them cute and huggable. Haha! Okay, selain itu si dia mestilah adventurous, jaga badan, penyayang dan kelakar.
 
10. Hobi?

Tidur! Bila ada waktu.