10 Soalan: Maya Karin
Umum tahu, pelakon dan penyanyi Maya Karin dikenali sebagai antara artis yang terkenal dengan kempen alam sekitar. Kerana itu dia cukup suka menerokai dunia untuk menikmati khazanah bumi. Setiap kali mengembara pasti dia pulang dengan ilmu penuh di dada. Melihat orangnya, persekitarannya, dan budaya mereka memberi seribu satu maksud tersirat bagi wanita ini.
Projek terbaru anda?
Saya masih pertimbangkan beberapa tawaran berlakon untuk filem dan saya bakal berduet dengan Awie Rafael. Nantikan!
Anda mewakili jenama apa?
Saya dilantik menjadi duta Nescafe dan Vono.
Tips penjagaan badan?
Memandangkan saya amat pentingkan kesihatan dan kita pun hanya ada satu badan sahaja, kalau kereta kita boleh tukar jika rosak. Saya akan cuba amalkan segala-galanya dari bahan alam semula jadi dan elakkan makanan manis dalam kamus hidup saya.
Aktiviti waktu lapang?
Menonton wayang, dan menjaga anak-anak teman-teman saya dan tentunya melancong!
Gunung tercantik yang anda pernah daki?
Gunung Cherki Ri, aktu itu saya mendaki bersama bapa di Nepal selama 10 hari. Oh ya gunung Kibalu juga sangat cantik!
Aktiviti mencabar?
Semua percutian saya membabitkan aktiviti lasak seperti canyoning, bungee jumping, water rafting, scuba diving, dan surfing wave yang menjadi kegilaan diri ini.
Percutian terindah?
Backpacking selama dua bulan di Amerika Selatan, road trip di Iceland dan meluncur salji di Jepun. Ahhh saya mahu lagi ke sana!
Ciri-ciri lelaki idaman?
Si dia mestilah kelakar, adventurous, kemas dan menghormati wanita.
Sukan yang anda boleh lakukan setiap hari?
Jikalau saya punya masa, saya boleh bermain tenis setiap hari.
Harapan pada rakyat Malaysia?
Saya mahu kita semua ada civic minded. Belajar sayangkan alam sekitar yang bakal tercemar dan pupus jika kita berterusan melakukan perkara yang memudaratkan alam sekitar. Saya sendiri guna tenaga solar di rumah, guna barang kitar semula, jimat penggunaan air dan elektrik, kereta hybrid dan membeli barang-barang yang perlu sahaja.